Friday, June 15, 2012

AMARAN Kepada Semua Ahli PKR: Jangan cuba-cuba mencemarkan maruah dan nama baik Parti

KENYATAAN MEDIA
15 JUN 2012

SIASATAN TERHADAP DAKWAAN PENYELEWENGAN BAUCER JOM SHOPPING
KEADILAN telah menerima maklum bahawa Kerajaan Negeri Selangor sedang menyiasat satu aduan berhubung dakwaan penyelewengan VouchersProgram JOM Shopping – salah satu program kebajikan Kerajaan Negeri Selangor - yang melibatkan dua orang anggota Parti dari Cabang Kapar iaitu Sdr Mohd Bakir bin Abdul Wahab dan Sdr Mohamed Amkah Ahmad.

KEADILAN memandang serius akan perkara ini dan melalui mesyuarat Biro Politik Parti bil. 59/2012 pada hari Rabu 13 Jun 2012 telah meminta Jawatankuasa Disiplin Parti untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab kepada Sdr Mohd Bakir bin Abdul Wahab dan Sdr Mohamed Amkah Ahmad. Pada waktu yang sama, Sdr Mohamed Amkah Ahmad digantung keanggotaannya secara serta-merta berdasarkan Fasal 27.3 perlembagaan Parti yang membenarkan penggantungan keanggotaan dibuat sementera menunggu siasatan disiplin selesai.

KEADILAN sekali lagi menegaskan tidak akan berkopromi kepada mana-mana anggota yang melakukan kesalahan disiplin lebih-lebih lagi kesalahan yang mencemarkan maruah dan nama baik Parti.

Sekian, terima kasih.

DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
---

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Sultan Johor Wajib Baca!!! AnakDerhaka. -

I'm still virgin