Sunday, June 3, 2012

Anak mursyidul am PAS sedia jadi calon bertanding dalam pilihan raya akan datang

Timbalan ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan kesediaannya sekiranya diperturunkan sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Anak kepada mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dipetik Sinar Harian sebagai berkata, beliau sudahpun bersedia untuk berbuat demikian sejak 10 tahun lalu.

“Saya juga sedia tunggu 20 tahun lagi untuk dicalonkan, sebelum ini ayah sudah siapkan 40 tahun untuk lawan Umno,” katanya seperti dipetik dalam laporan edisi dalam taliannya hari ini.
Menurut laporan itu lagi, isu mengenai pencalonan Nik Abduh pertama kali ditimbulkan timbalan ketua pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar dilaporkan sebagai berkata, keputusan tersebut bergantung kepada Nik Abdul Aziz yang bertanggungjawab menentukan senarai calon dari negeri itu.

Nik Abduh dijangka akan bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian bagi menggantikan kedudukan naib presiden PAS Salahuddin Ayub yang mengosongkan kerusi tersebut untuk bertanding di Johor.

Sultan Johor Wajib Baca!!! AnakDerhaka. -

Pakatan Polis, Kongsi Gelap dan Ahli Politik 
Untuk Perhatian Sultan Johore