Thursday, June 7, 2012

Banyak sangat janji PKR ni, bolih percaya ke??

Prakata: PKR ni banyak sangat janjinya, bolih percaya ke? Kerajaan Rakyat sudah banyak simpan keladak PKR ni, kekadang bila perhatikan perangai baik wakil rakyat maupun pemimpin PKR, nampak macam seiras je dengan puak-puak UMNO!

Kepada sesiapa yang rajin, tolong-tolonglah semak semula janji-janji PKR yang dibuat semasa mereka busy sakan untuk menang dalam pilihan raya umum 12, Mac 2008 dahulu.

PKR merancang untuk membiaya pendidikan tinggi percuma melibatkan dana berjumlah RM2.5 bilion setahun bagi menyediakan elaun RM5,000 kepada setiap 500,000 penuntut universiti setiap tahun.

Pengarah strategi parti itu Rafizi Ramli berkata jumlah tersebut akan dapat menampung perbelanjaann asas pelajar, manakala yuran pengajian pula akan diberikan percuma.

Katanya, elaun sebanyak RM5,000 itu boleh digunakan untuk mengimbangi yuran pengajian.

Rafizi berkongsi tawaran Pakatan Rakyat kepada sekumpulan siswa di Shah Alam.

Katanya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang menyediakan pinjaman murah kepada siswa tidak dapat dilestarikan.

Katanya, hutang siswa sebanyak RM24 bilion kepada PTPTN itu akhirnya perlu ditampung oleh kerajaan.

Rafizi bagaimanapun enggan mendedahkan butiran rancangan berkenaan.

Kelemahan ini (baca di sini) PKR masih gagal perbaiki, ingat sikit kawan! 

Sultan Johor Wajib Baca!!! AnakDerhaka. -

Pakatan Polis, Kongsi Gelap dan Ahli Politik 
Untuk Perhatian Sultan Johore