Monday, June 18, 2012

Bayi Sendiri Dijadikan Bahan Dagangan

Gambar Hiasan -
Farahhana Jamaludin
BETINA SUNDAL - Klik
KUCHING: Seorang bayi perempuan berusia tiga hari yang dipercayai dalam proses akan dijual dengan harga RM17,000 telah diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Batu Kawa, kelmarin.
Susulan serbuan pada 6.50 pagi itu, polis menahan ibu bayi berkenaan, seorang warga Indonesia berusia 27 tahun, dan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 40-an tahun bagi membantu siasatan, menurut laporan Metro Ahad, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zulkifli Hassan, berkata sebelum serbuan di rumah itu, polis menerima maklumat mengenai suspek yang sedang mencari pembeli bayi dengan harga yang ditetapkan.
Susulan itu, katanya, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Sarawak, melakukan serbuan ke rumah berkenaan pada waktu urus niaga dirancang pada 6.30 pagi.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui seorang warga Indonesia mendukung seorang bayi dan sedang berunding dengan seorang lelaki tempatan.
"Ketika disoal siasat, bayi perempuan itu dilahirkan di sebuah hospital kerajaan di sini dan meminta bantuan lelaki itu mencari pembeli," kata Datuk Zulkifli.
"Siasatan lanjut mendapati wanita itu menetapkan harga RM17,000 bagi bayi berkenaan kepada mana-mana individu yang berminat di sekitar negeri ini," tambah beliau ketika dihubungi kelmarin.
Suspek dibawa ke IPK bagi siasatan lanjut dan ditahan reman atas kesalahan cubaan menjual anak, manakala bayi tersebut dihantar ke pusat perlindungan sementara.
Datuk Zulkifli berkata, status bayi berkenaan masih belum diketahui dan polis masih menyiasat sebab dia dijual serta kaitannya dengan suspek lelaki warga tempatan.

I'm still virgin -

Bahaya Facebook. Ingatan Untuk Ibu Bapa -