Monday, June 4, 2012

Datuk Seri Najib Tun Razak: "Senang Jadi Perdana Menteri"

NAJIB bersama Abdul Taib (kanan) menyertai tarian Merbah Ranyai
sempena Pesta Gawai di rumah Jana anak Sweng, Batu Matup, Julau semalam.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau membuat keputusan untuk menyertai sambutan Pesta Gawai bagi menunjukkan bahawa 'apa yang dicakapnya adalah serupa bikin' kerana beliau merupakan Perdana Menteri untuk semua dan kerajaan mengambil berat hal ehwal semua rakyat Malaysia.

Alamak.... hanya dengan menghadiri Pesta Gawai dah kira "tunai janji"... dan kira "cakap serupa bikin". Ini macam kalo ... senang sangatlah kerja sebagai Perdana Menteri... Saya kira Najib mungkin cuba sampaikan maksud tersiratnya... 'Senang Jadi Perdana Menteri' .... dan kerana terlalu senang tu lah yang menyebabkan Najib takut sangat terlepas jawatan tu selepas pru-13 !!
"Apabila kita menyambut Gawai, kita meraikan satu cerita mengenai kejayaan, kita bukan meraikannya kerana kita gagal atau sebagai sebuah negara yang gagal tetapi kita berjaya dalam pembinaan negara, pembangunan ekonomi dan sosial dan dalam menyatupadukan masyarakat kita yang berbilang budaya," katanya di hadapan 3,000 hadirin yang menghadiri rumah terbuka sambutan Ngabang Gawai di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di Betang, Sarawak semalam.

Janda melancap di pejabat -