Wednesday, June 20, 2012

Geledah tiga pejabat Nizar. Polis buat kerja tidak bertamadun

Kerajaan Rakyat akan ulas perangai polis dan kelaku Sultan Johor yang berlarutan berkaitan isu WWW 1 di posting akan datang.
JOHOR BAHRU - Polis Johor telah menggeledah tiga pejabat bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kelmarin bagi tujuan siasatan berhubung kes Ahli Parlimen Bukit Gantang itu yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, hasil operasi itu, pihaknya merampas dua buah komputer dan sebuah telefon bimbit untuk siasatan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.


"Pihak polis menggeledah kesemua premis terbabit selepas mendapat waran dari mahkamah," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sila tonton video di bawah:
 Unbiased Report by Al Jazeera