Friday, June 8, 2012

Golongan yang didoakan malaikat


GOLONGAN yang didoakan malaikat berdasarkan hadis sahih:

Orang yang tidur dalam keadaan bersuci daripada hadas kecil dan besar.

Orang yang duduk dalam masjid menunggu waktu solat dalam keadaan suci.

Orang yang duduk di saf pertama.

Orang yang tidak membiarkan kosong (menyambungkan saf).

Orang yang mengucapkan 'aaamin' serentak dengan 'aaamin-nya' malaikat ketika imam selesai membaca Al-Fatihah.



Orang yang duduk beberapa ketika di tempat solat selepas melakukan solat fardu (tidak segera bangun). (Afdal juga membezakan tempat solat sunat daripada solat fardu)

Orang yang berjemaah pada solat subuh dan solat asar (bertepatan dengan perubahan tugas para malaikat pada subuh dan petang hari).

Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Orang yang berinfak di jalan Allah.

Orang yang bangun sahur untuk berpuasa.

Orang yang menziarahi orang sakit.

Orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.