Saturday, June 23, 2012

Ibrahim Ali dan Kelab Isteri Taat rangkul anugerah "Aiyoh..Wat Lah?! Awards 2012"

Pernahkah anda membayangkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan Kelab Isteri Taat (OWC) akan merangkul anugerah dalam majlis yang sama?

PERKASA adalah sebuah kumpulan pendesak Melayu sementara OWC pula mempromosikan seks 'suci' yang didakwa berasaskan Islam.

Namun petang tadi, kedua-duanya 'diraikan' pada majlis "Aiyoh...Wat Lah?! Awards 2012" kerana kenyataan-kenyataan mereka dalam media pada tahun lepas berkenaan hubungan sulit di kalangan pasangan berkahwin.
Ibrahim 'menang' anugerah "Menghina Kebijaksanaan" kerana kenyataannya yang didakwa menyebut "hubungan sulit dalam perkahwinan berlaku kerana isteri yang mengabaikan tanggungjawab kepada suami." (7 April 2011).

OWC pula 'menang' anugerah "Paling Kurang Membantu Persaudaraan Wanita" kerana pernah dilapor menyebut "wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah" (28 November 2011).


January lalu, Kerajaan Rakyat menerima Malvina, pelajar Perancis berusia 16 tahun sebagai anak angkat saya. Sejak dari tarikh itu, Malvina tinggal bersama kami sebagai satu keluarga. Walaupun Malvina seorang pelajar ...
Sultan Johor Wajib Baca!!! 
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli buat tuduhan silap terhadap Datuk Seri Najib 
Prebet Adam dan adiknya mangsa kekejaman dan kezaliman Sultan Johor