Saturday, June 30, 2012

Jadi saksi di Mahkamah Perancis: Bukan Najib tidak mau, tapi ......

Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi saksi dalam kes Scorpene di Mahkamah Perancis menimbulkan prejudis di kalangan rakyat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Anwar, Najib sepatutnya mempunyai keberanian untuk hadir pada perbicaraan itu bagi membersihkan namanya sejak didakwa terlibat dengan skandal berkenaan.
“Keengganan beliau hadir bukan saja menimbulkan prejudis dan prasangka di kalangan rakyat, sebaliknya dunia juga sedang melihat setakat mana keberanian  dan kebenaran yang cuba ditegakkan oleh beliau,

“Sedangkan lebih dari 100 dokumen yang menjurus ke arah pembabitan tersebut telah diperolehi oleh Mahkamah Perancis,” ujarnya ketika berucap di Stadium Keladi, Kulim semalam.
Bercakap kepada lebih 15,000 hadirin, Anwar turut membidas media arus perdana yang cuba menyembunyikan kes melibatkan rasuah jutaan ringgit itu.
“Jangan kita harapkan keadilan media jika membabitkan kepimpinan Umno-BN walaupun jelas Najib mesti hadir ke sana,” tegasnya disambut sorakan hadirin yang mahu Najib segera menjawab cabaran tersebut.
Hadir sama dalam majlis itu Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Exco Kerajaan Kedah, Datuk S.Manikumar dan barisan kepimpinan PR Kedah.
Baru-baru ini, laman web Asia Sentinel memuatnaik 153 dokumen siasatan polis Perancis, yang mendedahkan urusniaga Scorpene membabitkan kerajaan Malaysia dan syarikat pertahanan Perancis, DCNS.
Ia susulan penafian menteri pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan tiada maklumat mengenai jualan rahsia pertahanan negara dan transaksi Scorpene dibuat mengikut peraturan.
Kes Scorpene melibatkan komisen ratusan juta ringgit itu difailkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan memasuki peringkat perbicaraan di Mahkamah Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance) sejak Mac lalu. - Sumber

January lalu, Kerajaan Rakyat menerima Malvina, pelajar Perancis berusia 16 tahun sebagai anak angkat saya. Sejak dari tarikh itu, Malvina tinggal bersama kami sebagai satu keluarga. Walaupun Malvina seorang pelajar 
Kementerian Pertahanan memohon peruntukan tambahan sebanyak RM417 juta untuk kos selenggara kapal selam Scorpene, meningkat lapan kali ganda dari kos asal iaitu RM50 juta setahun. Manakala RM56 juta lagi diguna bagi bayaran pendahuluan untuk melaksanakan sewaan perkhidmatan sistem 
Dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene didedah kerajaan Perancis bernilai RM32.5 juta,