Wednesday, June 27, 2012

Kerabat diraja Selangor didakwa pecah amanah

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang kerabat diraja, Tengku Mohd Kamil Tengku Shahrudin Shah membela diri atas pertuduhan pecah amanah melibatkan dana syarikat berjumlah RM1.15 juta, tujuh tahun lalu.
Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tengku Mohd Kamil, di akhir kes pendakwaan.
Mahkamah menetapkan tiga hari mulai 6 Julai untuk mendengar kes pembelaan.

Tengku Mohd Kamil, 63, seorang daripada pengarah syarikat pembinaan Aneka Melur Sdn Bhd, didakwa pecah amanah dana syarikat itu dengan menggunakan 16 keping cek.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di syarikat itu di D216, Blok D, Tingkat 2, Kelana Square, Petaling Jaya.
Seramai 24 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan semasa perbicaraan di peringkat kes pendakwaan. – BERNAMA

Kerajaan Rakyat ingin sangat hendak tahu kerana setiap tahun beratus juta Ringgit Malaysia dihabiskan untuk membayar kakitangan yang bertugas di Istana para Sultan. Kerajaan Rakyat ingin sangat hendak tahu kerana ...
Pada akhir tahun 1992, dua kes serangan berasingan oleh Sultan Johor dan puteranya Tunku Abdul Majid Idris terhadap jurulatih hoki memuncak dengan pelucutan kekebalan raja-raja dari pendakwaan. Kedua-dua kes ini ...
dan sila jelaskan, apakah hukumnya Mufti yang diamanahkan untuk menegur kesilapan umat Islam, termasuk Sultan Johor, (jika Sultan melakukan kesilapan) tetapi membiarkan kesilapan atau kealpaan itu terus berlaku?
Berdasarkan kepada petikan ayat-ayat Allah SWT di bawah, jika terdapat manusia, termasuk para Raja dan Sultan yang berperangai membazir serta bersifat ta'kabbur, maka mereka juga tidak ubah seperti iblis dan syaitan!