Friday, June 29, 2012

Kerana Habuan Wang Ringgit Akhirnya Sultan Akur Arahan Kerajaan Rakyat

Sejak mula berblog kira-kira 5 tahun lalu, Kerajaan Rakyat berpegang pada satu prinsip asas: "Menitipkan kebenaran tanpa rasa gerun". Dalam beberapa titipan terdahulu, Kerajaan Rakyat turut menegur, mengkritik bukan hanya pelacur politik tetapi turut menulis perangai beberapa Sultan Melayu yang bersikap seakan perangai syaitan dan iblis.
Terdapat Sultan yang merakus khazanah negeri untuk kepentingan peribadi dan kerabatnya. Ada Sultan yang mengikut jejak syaitan, togak arak menjadi amalan. Malah ada Sultan yang kabarnya mati dalam keadaan mabuk!

Kerajaan Rakyat berfahaman selagi conscious saya clear, saya akan terus menegur dan mengkritik waima yang saya tegur itu kalangan Raja atau Sultan, period!

Pagi tadi (27hb June 2012) Kerajaan Rakyat bersyukur dapat bertemu seorang Sultan yang bersetuju akur kepada permintaan saya setelah saya janjikan habuan!!

Kerajaan Rakyat akan dedahkan bila tiba masa yang sesuai apakah habuan yang telah saya umpankan kepada Sultan tersebut sehingga Sultan berkenaan sunggup menurut arahan Kerajaan Rakyat.