Saturday, June 30, 2012

Komplot Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Konsortium George Kent

PERDANA MENTERI TIDAK MENAFIKAN KONSORTIUM GEORGE KENT DIANUGERAHKAN KONTRAK LRT AMPANG
Saya mengalu-alukan kenyataan pendek Dato’ Seri Najib Tun Razak semalam berhubung skandal anugerah kontrak LRT Ampang, walaupun kenyataan itu lebih banyak menimbulkan persoalan baru.

Tindakan Dato’ Seri Najib Tun Razak hanya menyebut bahawa “tiada yang salah dalam proses anugerah itu” tidak menafikan bahawa Konsortium George Kent telah dianugerahkan tender tersebut seperti yang didedahkan oleh KEADILAN. Ini mengukuhkan spekulasi bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak berkeras untuk melanggar keputusan penilaian pembidaan yang berpihak kepada pembida lain.

Oleh itu, saya sekali lagi mengulangi desakan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak wajarlah menyatakan secara terbuka sama ada kontrak itu telah pun dianugerahkan kepada Konsortium George Kent kerana itu bakal menjawab pelbagai persoalan mengenai campur tangan beliau di dalam proses pemilihan kontraktor.

Saya dimaklumkan oleh sumber dalaman bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) telah mengambil pelbagai dokumen rasmi berhubung kontrak ini dari pejabat Prasarana semalam.

(Dakwaan saya bahawa SPRM mengambil beberapa dokumen ini turut mendapat reaksi dari Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Dato’ Shahril Mokhtar melalui satu komunikasi Twitter yang disertakan bersama. Reaksi beliau tidak menafikan bahawa dokumen diambil oleh SPRM, hanya mempertikaikan penggunaan perkataan “rampas”).

Salah satu dokumen yang diambil adalah kertas-kertas rasmi yang membuktikan bahawa Prasarana telah pun memulangkan kembali bon tender (tender bond iaitu jaminan kewangan yang perlu dikemukakan oleh setiap pembida) kepada Konsortium George Kent kerana kumpulan itu telah pun dikeluarkan dari senarai pembida berpotensi sejak dari awal lagi.

Maka, sebarang keputusan menganugerahkan kontrak ini kepada Konsortium George Kent sudah tentu bertentangan dengan keputusan penilaian bidaan dan tatacara tender yang diterima pakai.

Saya menyeru supaya Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana supaya mengesahkan sama ada dakwaan bahawa bon tender Konsortium George Kent benar-benar telah dipulangkan untuk mengelakkan pelbagai spekulasi baru.

Saya beranggapan bahawa kenyataan Dato’ Seri Najib Tun Razak semalam mengesahkan kontrak pembesaran LRT Ampang telah pun dianugerahkan kepada Konsortium George Kent seperti yang disyaki oleh banyak pihak.

Bermula Isnin 2 Julai 2012, saya akan mula mendedahkan pelbagai aspek teknikal dan kewangan hasil dari proses penilaian bidaan yang membuktikan bahawa campur tangan Dato’ Seri Najib ini bukan sahaja merugikan negara, malah turut membahayakan nyawa jutaan rakyat Malaysia.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
30 JUN 2012

Walaupun KEADILAN telah memaklumkan bahawa pendedahan bersiri mengenai anugerah kontrak bernilai RM1 bilion projek sambungan LRT Ampang akan membuktikan campur tangan terus Dato' Seri Najib Tun Razak, ...
Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang (“The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project”). KEADILAN ...