Wednesday, June 27, 2012

Najib seorang ‘Demokrat Palsu’

Akhbar Kanada mengkategorikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sebagai “demokrat palsu”, dengan meletakkannya sebaris dengan autokrat lain dunia.
Tulisan itu bertajuk “A 21st-century checklist of the new autocrats” disiarkan pada 8 Jun lalu oleh The Globe and Mail.
Ia ditulis oleh Ketua Biro Beijing Mark Mackinnon, pemenang anugerah kewartawanan yang sudah mewawancara sebahagian pemimpin paling kontroversi dan terkemuka di seluruh dunia.
Antara mereka, Ketua Pembangkang Burma, Aung San Suu Kyi; bekas pimimpin Soviet, Mikhail Gorbachev; bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra; Presiden Israel, Shimon Peres dan Raja Abdullah daripada Jordan.

Mackinnon dalam artikelnya itu mengelaskan autokrat dalam empat kategori – demokrat palsu, egois gila, populis ganas dan kapitalis tanpa perasaan.
Najib dimasukkan dalam kategori pertama bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin; Presiden Palestin, Mahmoud Abbas;  Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika; Perdana Menteri Ethiopia, Meles Zenawi dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Bekas pemimpin yang pernah dikelaskan dalam kategori itu termasuk bekas Presiden Yugoslavia, Slobodan Milosevic dan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.
Mackinnon menulis, pemimpin ini “mengadakan pilihan raya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa” dan “penentang politik seriusnya dipenjara dan parti mereka diharamkan atas alasan teknikal”.
Menurutnya, pilihanraya di Malaysia akan datang menjanjikan sesuatu yang menarik.

Berdasarkan kepada apa telah dan sedang berlaku di Malaysia di bawah pemerintahan regim Umno Barisan Nasional, kebarangkaliannya amat jelas Malaysia menuju kearah pentadbiran ala Diktator.
Salah satu budaya regim diktator adalah menjadi kesalahan besar mana-mana rakyat mendedahkan salahlaku atau kepincangan yang dilakukan olih kerajaan atau suku-sakat mereka.
MERLIMAU: Perangai mengkaya-raya anak hingga menjadi jutawan yang berlaku di kalangan diktator Mesir mahupun Libya, sudah lama berlaku di Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.