Friday, June 29, 2012

Pemimpin UMNO tersungkur di celah kangkang


Setelah berjuta ringgit dirembat. Setelah dirinya tidak diperlukan. Setelah pekongnya terbongkar, baru dia cakap: "Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan berehat. Tidak ada alasan lain." Pi mampos samalu.....

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.


Dr Mohamad Khir, ADUN Sungai Panjang sejak 1999, memberitahu Bernama semalam: "Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan berehat. Tidak ada alasan lain."
  
Doktor gigi itu juga berkata beliau tidak lagi mahu dicalonkan kerana kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM3.5 juta.
  
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember tahun lepas telah menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes itu kini di peringkat rayuan.
  
Dr Mohamad Khir menjawat jawatan sebagai menteri besar apabila kerajaan negeri Barisan Nasional negeri itu tewas kepada gabungan parti PAS, DAP dan PKR pada PRU 2008.

Beliau berkata soal calon DUN Sungai Panjang akan diserahkannya kepada Umno Bahagian Sungai Besar.

Ditanya sama ada keputusannya untuk mengundur diri dari bertanding itu direstui oleh anggota bahagian dan juga masyarakat di kawasan yang diwakilinya, beliau berkata perkara itu boleh diselesaikan.

"Kita boleh pujuk mereka untuk menyokong calon baru, itu tidak jadi masalah," kata Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar Selangor yang termuda iaitu berusia 35 tahun pada masa dilantik memimpin negeri itu pada 18 Ogos 2000.

Bernama


Dec 06, 2010
MACC arrests Khir Toyo, faces land fraud charge. SHAH ALAM: Former Selangor Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo has been arrested by the Malaysian Anti-Corruption Commission and is expected to be charged over alleged ...
Jun 10, 2008
Saya cabar kerajaan Barisan Nasional dakwa bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo di bawah Akta Hasutan kerana beliau telah mengeluarkan kata-kata yang berupa hasutan kepada rakyat negeri ...
Jul 29, 2010
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini melabelkan Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, sebagai “pesara lombong pasir haram”. Ditanya pada sidang akhbarnya mengenai dakwaan ...
Jun 09, 2011
Kerajaan Rakyat l SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo didakwa telah membelanjakan kira-kira RM6 juta bagi kerja-kerja pengubahsuaian banglo di Seksyen 7, di sini yang berkonsep Bali.