Saturday, June 23, 2012

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berjanji akan bersunat sekali lagi

SHAH ALAM: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Mohd Rafizi Ramli, telah menafikan tindakannya meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bermakna wujud masalah dengan kepimpinan PKR.
Sambil menyifatkan dirinya "bukan Superman," Encik Rafizi berkata beliau memerlukan rehat bagi menunaikan ibadah sempena bulan Ramadan ini.
Encik Mohd Rafizi dalam Twitter miliknya kelmarin berkata:
"Letak jawatan adalah proses biasa. Perlu sedikit rehat. Letih buat dua kerja di Kerajaan Negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah."

Encik Rafizi menyandang jawatan Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor sejak kira-kira dua tahun lalu, lapor mStar Online.
Jawatan Penasihat Ekonomi Selangor disandang oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Encik Rafizi, beliau tidak berbalah dengan Datuk Seri Anwar atau Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebagaimana didakwa dan dianggap oleh sesetengah pihak.
"Kerja saya semakin hari semakin bertambah. Saya bukan 'Superman'. Tidak boleh melakukan dua tiga perkara dalam satu masa.
"Saya boleh melihat beban dan tanggungjawab ini semakin meningkat dan akan meningkat dalam beberapa minggu akan datang," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian.
Encik Rafizi juga menegaskan bahawa jawatan-jawatan lain dalam parti kekal dan akan meneruskan tanggungjawab yang diberikan.
"Kepada mereka yang ragu-ragu, (kononnya) saya akan lompat parti, saya berjanji akan bersunat sekali lagi kalau lompat parti. Patut semua wakil rakyat kena janji macam ini," katanya menerusi satu mesej Twitter tengah malam kelmarin.
Ketika dihubungi, Encik Rafizi berkata:
"Saya sebenarnya telah memutuskan untuk melepaskan jawatan ini akhir tahun lalu. Tetapi oleh kerana tarikh Pilihan Raya Umum (PRU)-13 tidak menentu, saya meneruskan khidmat saya.
"Sekarang kita sudah boleh agak bila PRU-13. Saya rasa ini adalah masa yang sesuai, jadi, saya beri notis satu bulan," katanya.
Encik Rafizi dijangka bertanding kerusi Parlimen pada PRU-13.
Difahamkan beliau akan mencuba nasib di kawasan Pandan, yang kini disandang oleh mantan Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Ong Tee Keat. 

Sdr Rafizi Ramli akan membentangkan kajian awal mengenai kedudukan PTPTN dan beberapa model pembiayaan pendidikan tinggi yang akan dibincangkan dengan pimpinan siswa, aktivis pelajar dan orang ramai.
Semalam, Pengarah Strategik PKR, Encik Rafizi Ramli, mengakui tersilap dan berkata pasar raya itu sebenarnya menyewa unit di Rochester Mall, yang terletak bersebelahan The Star Vista. 'Farmhouse Supermarket telah ...
Itu lebih bertanggungjawab daripada terus menuding jari kepada orang lain apabila keputusannya dibangkang rakyat. MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI 10 SEPTEMBER 2011. Posted by Kerajaan Rakyat at ...
... penternakan lembut, Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) adalah perbelanjaan tidak berhemat khususnya ketika pasaran hartanah mewah yang mengalami trend penurunan, kata pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli.