Friday, June 1, 2012

PM dan Menteri Pertahanan M'sia mungkin berdepan waran tangkapan

PETALING JAYA: Ada kemungkinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dihadapkan dengan waran tangkapan jika mereka gagal mematuhi sepina yang dikeluarkan sebuah mahkamah Perancis bagi membantu siasatan rasuah berkaitan pembelian kapal selam Scorpene, kata satu laporan dalam laman berita setempat, semalam.
Laman Free Malaysia Today (FMT) memetik seorang peguam Perancis yang mewakili kumpulan hak asasi, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Encik Joseph Breham, pada satu sidang akhbar di Bangkok, kelmarin, sebagai berkata hakim Perancis yang mendengar siasatan itu mempunyai kuasa budi bicara meminta pihak Interpol supaya mengeluarkan "notis merah" - atau waran tangkapan antarabangsa - terhadap saksi yang gagal hadir ke mahkamah Perancis itu.

Bagaimanapun, ia adalah langkah terakhir yang bakal diambil bagi memaksa saksi memberi keterangan di Paris.
Encik Breham menerangkan mahkamah Perancis itu boleh mengambil beberapa tindakan bagi mendesak saksi dari Malaysia itu.
Menurutnya lagi, hakim akan pada mulanya mengeluarkan sepina secara bertulis terhadap seorang saksi, dan sejurus selepas sepina itu dikeluarkan, saksi berkenaan wajib hadir di mahkamah dan membantu mahkamah dalam kerja-kerjanya itu.
"Jika saksi enggan mematuhi sepina itu, mahkamah boleh mengeluarkan notis mandate d 'amener, yang memaksa saksi hadir di hadapannya.
"Jika saksi gagal mematuhinya, satu waran tangkapan boleh dikeluarkan. Waran tangkapan itu boleh digunakan dalam wilayah Perancis dan mungkin digunakan pada peringkat antarabangsa jika hakim menganggapnya perlu," jelasnya, seperti ditukil dalam laporan FMT itu.
"Berdasarkan kuasa budi bicara hakim, mereka boleh meminta Interpol mengeluarkan notis merah, iaitu waran tangkapan antarabangsa," tambah Encik Breham.
Menurutnya, Hakim Roger Le Loire, salah seorang daripada dua Hakim Arahan yang ditugaskan mendengar kes itu, menerima secara prinsip senarai tujuh saksi yang diusulkan Suaram, termasuk Datuk Seri Najib, Datuk Seri Ahmad Zahid dan Encik Abdul Razak Baginda, dan berjanji akan berusaha sedaya upaya bagi mencari penyelesaiannya.
Suaram pula, dalam satu kenyataan pada sidang akhbar itu, berkata Malaysia mempunyai kewajipan undang-undang di bawah Konvensyen Menentang Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC) dengan bekerjasama dengan negara lain dalam pencegahan dan pembasmian rasuah.
Pakatan Polis, Kongsi Gelap dan Ahli Politik 
Untuk Perhatian Sultan Johore 
Barisan Nasional Memajakkan Tanah Rezab Melayu 
Wanita Paling Seksi Di Dunia 2012 
YB Faraj binti Zakar 
Isabella Amy Search