Thursday, June 7, 2012

WWW 15: Percuma untuk Dato Seri Liow Tiong Lai, JPJ kehilangan hasil

Keadilan terkejut dengan tweet yang paling terkini oleh Menteri Kesihatan Dato Seri Liow Tiong Lai yang menyatakan JPJ secara rasmi telah memaklumkan kepada beliau bahawa nombor plat WWW 15 akan diberikan kepadanya secara percuma. Dengan perkembangan terkini, cerita ini telah mengambil satu dimensi politik yang lebih serius. Tweet beliau tidak memberi apa-apa jawapan yang memuaskan dan sebaliknya menimbulkan soalan-soalan penting tentang tadbir urus kerajaan BN, terutamanya mengenai kuasa budi bicara luas menteri (discretionary powers) dan sistem amalan tender terbuka.
Penyelidikan kami dengan JPJ telah menunjukan bahawa untuk membuat tawaran di bawah kategori sebagai seorang individu, pemohon perlu mengisi borang JPJ MV10, dimana pemohon mesti melampirkan salinan kad pengenalan beliau dan secara peribadi menandatangani dokumen itu. Di samping itu, pemohon mestilah membayar sebuah draf bank yang bernilai setengah harga sebutan. Proses tawaran terdapat beberapa langkah dan melibatkan aktiviti perbankan dan oleh itu hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan penuh dan penyertaan aktif pemohon. Bagi Liow Tiong Lai untuk berkata bahawa beliau tidak bercampur tangan dalam proses tawaran (walaupun tandatangannya diperlukan dalam borang MV10), dan jawapan beliau tidak mempunyai pengetahuan tentang siapa yang sebenarnya membuat bayaran (walaupun bank draf diperlukan) adalah tidak boleh diterimai dan tidak logik.

Rakyat berhak menuntut jawapan dari JPJ. Kenapa JPJ sanggup melepaskan hasil sebanyak RM24, 200? Bagaimanakah JPJ akan terangkan kepada pemohon lain yang telah melalui sistem tender terbuka yang berjaya, termasuk Sultan Johor, kenapa mereka perlu membayar harga sepenuhnya? Macam mana rakyat boleh percaya lagi kepada sistem tender terbuka JPJ.

Keadilan juga perhatikan bahawa JPJ adalah sebuah badan di bawah Kementerian Pengangkutan. Akta 333 atauAkta Pengangkutan Jalan memberi kuasa budi bicara yang luas kepada Menteri Pengangkutan tetapi tidak memberiapa-apa kuasa yang sama kepada Ketua Pengarah JPJ. Oleh demikian JPJ perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada arahan untuk melepaskan hasil ini berasal dari JPJ atau dari arahan terus Kementerian Pengangkutan. Kemeterian ini diketuai oleh Dato 'Seri Kong Cho Ha, Setiausaha Agung MCA. Kami berharap bahawa ini bukanlah satu kes di mana satu Menteri MCA membantu Menteri MCA yang lain.

Perdana Menteri juga perlu menjawab dakwaan Liow Tong Lai, bahawa setiap menteri mempunyai hak istimewa untuk mendapat plat kereta khas. Jika benar, PM Najib mestilah mengemukakan bukti arahan sedemikian. Jikalau tiada bukti, rakyat akan menganggap bahawa menteri-menteri MCA boleh melakukan apa-apa arahan cabinet sesuka hati. Akhir sekali, jika memang terdapat arahan kabinet sedemikian, kenapa pula Liow susah payah berusaha menawarkan RM24, 200 untuk nombor plat tersebut?

Wong Chen, Pengerusi Pelaburan & Perdagangan, 7 Jun 2012  

WWW 15:  Open tender but free to Liow, loss revenue for JPJ, 

Keadilan is astonished by the most recent tweet of the Minister of Health Dato Seri Liow Tiong Lai that states the JPJ has officially informed him that the number plate WWW 15 is now given to him for free. With this most recent twist, this story has taken on a more serious political dimension. His tweet gives no satisfactory answer. If anything it raises a whole new set of questions about governance and in particular to the issues of ministerial powers and government open tender.

Keadilan has researched the matter with JPJ and discovered that in order to place a bid as an individual, an applicant must fill up the JPJ form M.V.10, wherein the applicant must attach a copy of his IC and personally sign the document. In addition, the applicant must include a bank draft for half the value of the bid. The process is deliberate, personal, involving banking activity and therefore can only be done with the full knowledge and participation of the applicant. For Liow Tiong Lai to say that he had no hand in processing the bid (even though his signature is required in form M.V.10), and that he has no knowledge about who paid (even though a bank draft is required) is illogical and strange.

The public demands to know why JPJ would forego the revenue of RM24,200? How will JPJ explain to the other successful bidders of the WWW open tender, including the Sultan of Johor who had to pay in full? This latest development will make the public lose faith in the JPJ open tender system.

We note that JPJ is under the Ministry of Transport. Act 333 or the Road Transport Act empowers the Transport Minister with wide discretionary powers but does not give such powers to the Director General of JPJ. As such JPJ needs to explain to the public whether the instructions to forego the revenue came from within JPJ or came directly from the Ministry of Transport. We also note that Dato’ Seri Kong Cho Ha, the secretary general of MCA is the current Minister of Transport. We sincerely hope that this is not a case of one MCA Minister helping another.

The Prime Minister also needs to answer if all ministers are entitled to one special car number plate each, as alleged by Liow. If so, PM Najib must produce evidence of such a directive, otherwise the public can only think that MCA Ministers are loose cannons pronouncing directives as and when they like. Lastly, if there is indeed such an entitlement by cabinet directive, why then did Liow even bother to put in a bid of RM24,200 for the number plate?

Wong Chen, Investment &Trade Chairman, 7th June 2012