Tuesday, July 31, 2012

Abby Abadi jadi ahli PAS, kontrak duta syarikat tudung dibatal

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi, menulis dalam laman sosial Twitter dan Facebook yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS).
"4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta tudung mereka terbatal secara rasminya.
"Saya terima dengan hati terbuka dan saya minta maaf kerana terlibat dengan Pakatan Rakyat," tulisnya di laman Twitter pagi semalam.
Sementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah, ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu, menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.

Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.
"Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja," katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.
Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.
"Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS," kata Abby.
Abby yang dahulunya merupakan sebahagian daripada kumpulan Elite dan popular dengan siri drama Gerak Khas menjadi ahli PAS seumur hidup pada 19 Julai lalu.
Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.
Menurutnya, beliau mula mendekati PAS selepas dijemput parti itu berceramah mengenai perubahan dirinya daripada seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung.
"Saya pada mulanya dijemput untuk berkongsi mengenai hijrah saya itu," kata Abby.
Beliau kemudiannya membuat keputusan menyertai PAS kerana tertarik dengan perjuangannya yang berteraskan agama Islam.
"Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama," kata Abby ringkas.

Dasar permusuhan, diskriminasi serta sikap anti Islam yang jelas diamalkan olih kerajaan Umno / BN tidak banyak bedanya dengan apa yang sedang berlaku dikebanyakkan negara Barat. Islam melarang ...
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur memberi contoh-contoh lain seperti kegagalan UMNO-BN menangani keharmonian negara, mencabul demokrasi serta kegagalan menepati janji tiga tahun Program Transformasi ...
Mungkin Umno juga bakal mengikut jejak langkah bekas diktator Tunisia itu. Juga, ia menunjukkan sikap anti Islam Umno ini sejak zaman berzaman. Bermula dengan loteri Umno 1951, lepas tu pembukaan kilang-kilang ...
SETIU: Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran mendakwa Umno-BN yang sebenarnya anti Islam dan 'ektrimis'. Malah, katanya Umno-BN disifatkan sebagai 'murtad' ...