Monday, July 2, 2012

Antara Uncleseekers dan Sultan Johor: Allah SWT, hakimnya

Semalam kira-kira setengah jam selepas Kerajaan Rakyat buat post (klik di sini), handphone KR berbunyi.
 Geperen ante dah rindu kat ante beb ... ahakzzz
KR: As-salaamualaikum
HP: Waalaikumsalaam. ... Lokasi??
KR: Rumah Beb (sambil ketawa besar). Ante kat mana sekarang?
HP: Ante ketawa!! Petang tadi abah ana pun telepon ana. Ana kat Melaka beb... dengan anak ana.
KR: Mau tak ketawa... cerita baik punya.
HP: Ana balik KL... ana memang nak jumpa ante... apa nak buat beb?
KR: Nak buat apa? ... blog anta meletopla.
HP: Abah nak jumpa ante (dot dot dot) haribulan.
KR: Kirim salaam kat Ami ... Sekarang ana beritau ante, jangan satupun posting ante pasal Sultan Johor tu ante buang. Biarkan kat situ dan biarkan blog ante hidup macam biasa. Ante tulis macam biasa. Antara ante dan Sultan Johor, hakim dia Allah beb .... bukan beruk 30 ekor tu...
HP: Ok beb... ana balik KL, ana jumpa ante.
KR: Ok beb, ana bawak geperen ante sekali, dia dah rindu kat ante ... Ok.. selamat.
Hari ini di blog Uncleseers:

Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 60)




Saya merasa amat dukacita tentang apa yang berlaku. Sebagai seorang yang berpegang teguh kepada Islam, sudah menjadi tanggung-jawap saya untuk mempertahankan amanah Almarhum Sultan Iskandar dan Hukum-hukum Allah. Saya telah ditaja untuk belajar di Amerika Syarikat oleh Almarhum Sultan Iskandar dan berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang Sarjana Undang-undang pada tahun 2000. Apabila saya balik ke Malaysia, Almarhum Sultan Iskandar telah meminta saya membantu beberapa perkara bagi membetulkan imej keluarganya yang tercemar di mata rakyat Malaysia. Sebagai membalas jasa Baginda, saya telah merangka satu kertas kerja dan akhirnya terjadinya satu program yang dikenali sebagai Kembara Mahkota Johor. Saya ada Setiausaha dan orang yang bekerja keras untuk memastikan program ini berjalan lancar.

Pada tahun 2004, "perebutan tahta" di antara dua beradik Tunku Ibrahim (Sultan sekarang) dan Tunku Abdul Majid (Anak Sultan Iskandar dengan Sultanah Zanariah) telah menjadi sengit dan rakyat mungkin mengetahui bahang perkara ini. Sikap dengki sesama adik beradik dan menunjukkan pengaruh di dalam Negeri Johor semakin menjadi-jadi.

Almarhum Sultan Iskandar telah memanggil saya dan seorang Pegawai Tinggi Kerajaan Johor untuk meluahkan kerisauannya terhadap masalah ini. Akhirnya Almarhum membuat keputusan bagi mengelakkan perkara menjadi lebih buruk jika Baginda mangkat, maka Baginda meminta agar dibuat pindahmilik kesemua tanah-tanah miliknya yang ada di Malaysia dan Singapura yang bernilai berbillion Ringgit.Tanah-tanah tersebut diarah untuk diletakkan di atas nama Tunku Ismail sebagai pemegang amanah bagi mempastikan kesemua anak-anak Almarhum mendapat bahagian mereka apabila Baginda mangkat. 

Satu rombongan Pegawai Kerajaan telah ke India bagi dapatkan tandatangan Tunku Ismail yang berada di sana. Semasa Pegawai Kerajaan pergi ke India mereka hanya membawa dokumen pindahmilik dan tidak membawa(tertinggal) sekali dokumen bagi mendaftarkan Tunku Ismail sebagai pemilik berdaftar tetapi memegang tanah-tanah tersebut di atas kapaciti sebagai Pemegang Amanah. 



Apabila Tunku Ismail balik ke Malaysia, beberapa kali percubaan minta Tunku Ismail tanda tangan dokumen amanah {"Deed of Trust"), namun ketamakan telah menguasai dirinya dan berbagai dalih serta alasan dibuatnya untuk mengelak dari tanda tangan dokumen tersebut. 

Tidak ada sebab untuk Almarhum memberi tanah-tanah hanya kepada seorang cucu sahaja. Ianya jelas untuk dipegang sebagai Pemegang Amanah dan bukannya menjadi milik peribadinya. Almarhum telah bercakap tentang perkara ini secara jelas kepada ramai orang bahawa cucunya , Tunku Ismail hanya pegang amanah untuk tanah-tanah tersebut dan bukan memegangnya untuk kapasiti persedirian.

Masalah harta ini menjadi-jadi apabila kemangkatan Sultan Iskandar, sebaik sahaja tamat tempoh berkabung, saya diarah untuk uruskan tukar nama Kapal-kapal terbang dan helikopter-helikopter kepada nama Sultan yg baru, saya telah beri pendapat sebagai seorang Peguam, oleh kerana sewaktu kemangkatan Almarhum Jan 2010 kesemua harta berbentuk pesawat itu masih di atas nama Sultan Iskandar maka ianya patut dimasukkan kedalam senarai harta-harta yang perlu di bahagi mengikut Hukum Faraid. Tetapi saya telah ditekan dan diberi amaran untuk bekerjasama sekiranya hendak selamat. 

Dokumen itu telah dibuat secara tidak sah dan tarikhnya telah dikebelakangkan ke September 2009 ("back dated") oleh bekas rakan kongsi saya yang berpakat dengan Sultan yang baru. Dokumen itu tiada tanda tangan yang sah Almarhum Sultan Iskandar, ianya ditandatangan oleh Dato Ali Musa yang tiada hak dan kuasa untuk tanda tangan dokumen itu. 

Saya telah enggan menurunkan tanda tangan sebagai saksi di atas kapasiti saya sebagai seorang Peguam kerana saya tidak membuat datau menyediakan dokumen tersebut tetapi disediakan oleh Abdul Aziz Jaffar Sidek yang telah membuat perancangan awal sebelum saya dipanggil mengadap. Apabila saya bertegas enggan menjadi saksi kepada dokumen tersebut saya telah mula diugut dan suasana agak tegang pada masa itu. 

Bagi mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku saya cadangkan agar Aziz Jaffar Sidek menyaksikan tandatangan dokumen yang telah di "back dated" itu tetapi saya dimarahi dan diherdik kerana Sultan baru berpendapat oleh kerana Almarhum lebih percaya dan telah mengamanahkan saya membantu urusan hartanah keluarganya, Maka saya perlu tanda tangan sebagai saksi, jika yang menyaksikan tanda tangan adalah orang selain saya, adik beradiknya pasti tidak dapat menerima dokumen tersebut dan fakta bahawa pesawat telah bertukar milik sebelum kemangkatan Almarhum kerana tarikhnya diletakkan pada bulan Sept 2009. 

Dokumen tersebut sebenarnya dibuat dan ditanda tangan pada bulan Mac 2010 iaitu 2 bulan selepas Almarhum mangkat. Saya mulanya hendak buat laporan Polis bagi melindungi diri saya, tetapi apabila menyedari Ketua Polis Johor amat rapat dengan Sultan, pasti ianya tidak akan kemana dan mungkin "backfire" kepada saya, jadi saya terpaksa berdiam diri dan berserah kepada Allah.

Saya tiada pilihan pada masa itu, tetapi sempat juga berfikir bahawa saya masih boleh tanda tangan sebagai saksi di atas kapasiti jawatan saya sebagai seorang Pesuruhjaya Sumpah kerana, tugas seorang Pesuruhjaya Sumpah hanya perlu saksikan tanda tangan dan tidak perlu bersetuju dengan kandungan dokumen yang disaksikannya.

Sultanah Zanariah pernah di ceraikan dengan talak dua, pada ketika itu gambar rasminya diturunkan diseluruh Negeri Johor, namun jodohnya panjang apabila mereka rujuk semula tidak lama kemudian dan gambar di seluruh Negeri Johor digantung semula. Saya kesal dan marah kerana Sultan sekarang di dalam percubaan nya membolot harta pusaka Almarhum cuba mengeluarkan atau arah keluarkan surat cerai talak tiga ke atas Sultanah Zanariah agar Baginda hilang hak sebagai isteri untuk terima bahagian isteri kepada pusaka Almarhum. Saya telah membangkang dan menegur agak keras hingga menimbulkan prasangka yang saya derhaka atau membelot menyebelahi keluarga Sultanah Zanariah.

Selepas dari itu banyak perkara lain berlaku dan saya telah mula dianiaya dan berbagai tuduhan palsu dibuat, dirancang untuk menjatuhkan reputasi saya dan menampakkan diri saya sebagai seorang penjenayah. Apa yang saya lakukan hanyalah untuk menegakkan Hukum Allah dan Undang-undang Negara ini. Saya hanya menjalankan tugas rasmi saya sebagai seorang Peguam dan sebagai seorang Islam yang taat kepada perintah Allah. Biar saya hilang pangkat tetapi saya tidak sesekali menjual maruah dan prinsip hidup saya sebagai seorang Islam.

"Peguam Kamal Hisham Jaafar Jawab Kesemua Soalan Aku." - Uncleseekers

Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan
Siti Aisyah Abdul Rahman telah menarik perhatian umum lantaran pendedahan yang dibuat oleh pakar pengkaji 'Paranormal', Syed Abdullah Syed Hussien Al-Attas atau lebih dikenal dengan Uncle Seekers.