Saturday, July 7, 2012

Benci 'Mahathirisme', bukan Mahathir

Penasihat DAP Lim Kit Siang menolak dakwaan beliau begitu "membenci" bekas perdana menteri Tun Dr Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, katanya, beliau hanya menentang 'Mahathirisme' dan seumpamanya.

Dalam kenyataan akhbar hari ini, Lim berkata, Dr Mahathir sekarang terpaksa bekerja keras untuk mengembali dan mempertahankan Mahathirisme dalam dasar-dasar Umno-BN.

Lim malah berkata, pendirian anti-Mahathirisme yang dipercayainya turut dikongsi bersama tiga bekas perdana menteri lain, iaitu Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn dan Abdullah Ahmad Badawi.

"Biar saya pastikan Mahathir bahawa saya tiak benci dia sama sekali, tetapi seperti tiga bekas perdana menteri dan kebanyakan rakyat malaysia pada tahun 2012, saya menentang Mahathirisme dan ia kembali ke politik Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-13," katanya.

Dr Mahathir Mohamad semalam menolak kewujudan Mahathirisme, dan mengingatkan Lim bahawa serangan berterusan terhadapnya akan memakan diri sendiri.

Beliau mengulas komen Lim yang mendakwa Dr Mahathir cuba menyuntik politik memecah-belahkan kaum menjelang pilihan raya umum ke-13 untuk memastikan kemenangan BN.

Lim juga sebelum ini menuduh Dr Mahathir menyemai kebimbangan di kalangan orang Melayu dengan menulis dalam blognya bahawa pengundi Cina merupakan "kingmakers" dalam pilihan raya akan datang.



Anwar juga mengimbas kembali desakan Mahathir yang mahu RM2 bilion untuk menyelamatkan anaknya tetapi tidak diendahkan beliau hingga membawa kepada pemecatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Mustahil Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkenal sebagai pendendam, akan melepas peluang mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah jika akaun RM3 bilion benar-benar wujud. “Ingat Mahathir boleh bagi .