Friday, July 27, 2012

Curi 14 ekor lembu boleh dipenjara 7 tahun. Shahrizat kena berapa tahun?

Tolong kira, sepatutnya berapa tahun Makcik ni dipenjarakan
BATU PAHAT: Hajat enam sahabat beraya dengan hasil mencuri lembu tidak kesampaian apabila mereka diberkas polis.
Modus operandi kumpulan tersebut ialah menyasarkan ladang ternakan lembu yang jauh di pedalaman selain melakukannya di waktu malam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Penolong Pesuruhjaya Din Ahmad, berkata kegiatan kumpulan terbabit diketahui apabila seorang pengadu membuat laporan mengenai kehilangan 14 ekor lembu ternakannya pada 18 Julai lalu.

Menurutnya, setelah menerima laporan, pihaknya terus membuat siasatan dan berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan di Alor Gajah sehari kemudian sekitar 12.40 pagi bersama sebuah lori dipercayai digunakan mengangkut lembu curi.
"Susulan penangkapan suspek pertama polis berjaya menahan lima lagi suspek di Masjid Tanah, Melaka, selain berjaya menemui lapan ekor lembu beberapa jam kemudian.
"Daripada lima suspek yang ditahan itu, empat adalah warga Indonesia. Kesemuanya berumur antara 24 dengan 52 tahun.
"Polis juga percaya dengan tertangkapnya enam suspek ini, tiga kes berjaya diselesaikan, selain percaya kumpulan ini bergiat aktif bermula awal tahun lalu," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, kelmarin.
Menurut Encik Din Ahmad, siasatan awal mendapati selain di Batu Pahat, kumpulan terbabit juga telah melakukan kegiatan sama di beberapa kawasan di sekitar Kluang, lapor Sinar Harian.
Katanya, setelah berjaya mencuri ternakan, mereka akan menjualnya dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran dan jualan dilakukan di pasaran sekitar Melaka.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda
Kerajaan Rakyat minta tolong pembaca kirakan, sepatutnya Shahrizat dipenjarakan berapa tahun?

.
Cabaran itu dibuat Izzah selepas pimpinan Umno kekal mempertahan Shahrizat dalam skandal lembu NFC selain Shahrizat sendiri enggan meletakan jawatan. “Memandangkan pimpinan Umno kekal mempertahan Ketua ...
Ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mencabar Datuk Seri Shahrizat Jalil (Gaji Shahrizat) meletakkan jawatan berhubung kontroversi projek lembu fidlot yang diusahakan keluarga menteri itu. Dalam ucapan dasarnya di ...
Dalam pada itu, Rafizi berkata pihaknya akan terus mendedahkan penyelewengan pinjaman mudah oleh kerajaan itu ketika perbicaraan saman yang difailkan Datuk Seri Shahrizat Jalil bermula Ogos ini. “Bila kita disaman, kita akan gunakan peluang di mahkamah dan pastikan ... Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan pinjaman RM250 juta digunakan untuk tujuan selain penternakan lembu. Antaranya membeli dua unit kondominium mewah di Kuala Lumpur, tiga .
Pendedahan yang dibuat setakat ini menunjukkan bahawa NFC yang diterajui suami Dato' Seri Shahrizat Jalil dan anak-anak mereka gagal memenuhi sasaran kerana mereka langsung tidak ada pengalaman di dalam industri ... “Pusat Fidlot Nasional ini Tuan Yang diPertua, matlamat utama pelaksanaan Pusat Fidlot Nasional ialah untuk kita mewujudkan sistem pengeluaran daging lembu fidlot secara komersial sepanjang rantai nilai bagi meningkatkan ...