Friday, July 13, 2012

Hakim berkaraoke dengan peguam bela

Bali: Sebuah jawatankuasa kehakiman memecat seorang hakim Selasa lalu kerana mengambil bahagian dalam beberapa sesi karaoke dengan peguam mewakili plaintif yang dibicarakannya.
Hakim Mahkamah Daerah Denpasar, Encik Putu Suika, dipecat kerana melanggar Kod Tatalaku Hakim, yang melarang hakim terbabit secara peribadi dengan peguam dan pihak yang kesnya didengar di mahkamah mereka.
Encik Putu, yang dijadualkan bersara tahun depan, mengaku bertemu peguam bela tersebut, Encik Irfan, tiga kali untuk berkaraoke di rumahnya.
"Cuma, saya hanya mengambil bahagian selepas kes itu selesai. Apabila saya berpindah ke Denpasar saya ada berhutang wang dengan Irfan tetapi ia tiada kena-mengena dengan kes itu," katanya kepada jawatankuasa tersebut. 

Namun, jawatankuasa itu menolak penjelasan beliau, lapor agensi berita Antara.
"Anda langgar kod tatalaku. Perbuatan itu menyebabkan anda cenderung campur tangan dalam proses penghakiman," kata anggota jawatankuasa itu, Cik Sri Murwahyuni, seorang hakim Mahkamah Agung.
Jawatankuasa itu tidak memberi maklumat terperinci mengenai kes yang dibicarakan Encik Putu. Bagaimanapun, ketika sesi keterangan, beliau dikatakan bertindak berat sebelah dan menyebelahi plaintif, yang diwakili Encik Irfan, tanpa berunding dengan anggota hakim lain.
"Keputusan itu tidak menurut Prosedur Kod Jenayah. Adakah anda membuat kod prosedur sendiri?" kata seorang lagi anggota jawatankuasa, Encik H. M. Zaharuddin, yang juga hakim Mahkamah Agung.
Pengerusi jawatankuasa, Encik Djaja Ahmad Jayus, berkata ia bukan kesalahan pertama Encik Putu.
"Putu timbalan ketua Mahkamah Daerah Palangkaraya tetapi beliau diturunkan pangkat menjadi hakim biasa di Mahkamah Daerah Mataram selepas rakyat menuduh beliau menyalah guna sebuah kereta," kata Encik Djaja. - Agensi.
All the personal excesses that we now talk about had its beginnings, development and reached its zenith during Mahathir's time. Samy Velu, Rafidah, VK Lingam, Augustine Paul, L iong Sik, Daim, Vincent Tan, Abdullah Ang, ...
Pengesahan Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan untuk membuka semula siasatan kes percutian melibatkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin dan peguam, V. K. Lingam di New Zealand pada 1994 ...
I had heard in the media the announcement by Datuk Seri Nazri Aziz that the MACC had cleared Datuk VK Lingam and Tun Eusoff Chin of any wrong doing or corruption, I also read that the MACC had closed the case on the ...
Mereka marah dengan skandal V K Lingam, dan tatkala harga petrol melabung mereka tidak yakin BN bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat. Maka rakyat memberikan dokongan kepada gagasan Keadilan, DAP dan ...
Masuk akalkah peguam V K Lingam punya peranan besar menjadikan Ahmad Fairuz Ketua Hakim Negara Ahmad? Tidak masuk akal sebelum meletupnya tape V K Lingam. Pada malam yang panjang itu ada suara yang ...
pasal mahkamahahahah kita nih, ketua akim negara adalah loyar kelin VK lingam.....ketua akim malaya adalan Vincent Tan......tengku adnan pulak drebar akim2 nih....(pak mat drebar sajalah....tapi dia nih banyak kuasa ...