Tuesday, July 31, 2012

Kerabat diraja mabuk dalam pesawat Boeing 777

Putera Arab diheret keluar dari pesawat sebab mabuk
LONDON: Seorang putera Arab diheret keluar daripada sebuah pesawat oleh anggota polis yang bersenjatakan pistol Taser kerana mabuk, kelmarin.
Lelaki berusia 28 tahun itu, dipercayai saudara rapat keluarga Raja Bahrain, Hamad bin Isa Al-Khalifa, menaiki pesawat Boeing 777 di Lapangan Terbang Heathrow, London, apabila beliau mula menjerit dan mengadu mengenai perkhidmatan buruk dalam penerbangan ke Doha, Qatar itu. 

Kakitangan pesawat memanggil polis yang tiba dengan pistol renjatan elektrik selepas beliau menyerbu masuk ke kokpit dan enggan kembali ke tempat duduknya, lapor akhbar The Sun.

Tunku Mahkota Johor biadap, tidak menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat 
Pada akhir tahun 1992, dua kes serangan berasingan oleh Sultan Johor dan puteranya Tunku Abdul Majid Idris terhadap jurulatih hoki memuncak dengan pelucutan kekebalan raja-raja dari pendakwaan. Kedua-dua kes ini ...
Tolong Jawab: Dari mana dapat ayat "Jangan Derhaka Kepada Raja"?
04 Jun 2012. 4.02AM. Kerajaan Rakyat: Jangan Ikut Perangai Sultan: Buruk dan tidak ... Kerajaan Rakyat: Hello.. Takkan nak biarkan aje Sultan melalut.