Tuesday, July 3, 2012

Kerajaan Rakyat Sokong Datuk Seri Najib Tamatkan Perkhidmatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Tan Sri Abu Bakar Abdullah

Sekiranya betul spekulasi yang mengatakan bahawa Tan Sri Abu Bakar ditamatkan perkhidmatan ekoran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetus kontroversi kerana ia memberi peningkatan gaji yang tinggi kepada pengawai kanan tetapi hanya peningkatan serendah RM10 kepada pekerja bawahan itu betul, Kerajaan Rakyat amat bersetuju dan menyokong 100% di atas tindakan Perdana Menteri menamatkannya sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Manusia bebal yang tidak menyemak skim SBPA sebelum dibawa untuk perbahasan peringkat kabinet sememangnya patut dinyahkan daripada perkhidmatan awam. Telah lama Kerajaan Rakyat perhatikan, dalam banyak hal yang menjadi sasaran kemarahan rakyat hanya ahli politik tetapi kesalahan sebenarnya berpunca daripada penjawat awam. 

Sejujurnya Kerajaan Rakyat merasa amat simpati terhadap Datuk Seri Najib Razak apabila pada 9hb Mac lalu terpaksa mengumumkan bahawa SBPA akan dimansuhkan selepas rancangan itu menerima kritikan keras daripada kakitangan awam. Ekoran daripada kesalahan yang dibuat olih Tan Sri Abu Bakar, Datuk Seri Najib telah disalah dan dimalukan. 

Perkhidmatan Abu Bakar sebagai KP JPA ditamatkan

Perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah, 57, sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ditamatkan semalam. 

Bagaimanapun, dalam kenyataan tiga perenggan hari ini, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa tidak menyatakan sebab-sebab perkhidmatan Abu Bakar ditamatkan.

Berikutan kekosongan tersebut, Dr Ali berkata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Farida Mohd Ali akan menjalankan tugas-tugas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuatkuasa semalam.

Dr Ali berkata, kerajaan sedang menimbang dan meneliti calon yang layak dan sesuai bagi jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baru.
  
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sumbangan dan khidmat bakti Abu Bakar sepanjang 35 tahun perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam.
- Bernama


Najib dimasukkan dalam kategori pertama bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin; Presiden Palestin, Mahmoud Abbas; Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika; Perdana Menteri Ethiopia, Meles Zenawi dan Perdana Menteri
Wang rakyat ini akan digunakan untuk pakej pembiayaan baucar subsidi tayar sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun. Tidak cukup dengan itu, Najib sendiri telah berjanji untuk menamatkan
Walaupun KEADILAN telah memaklumkan bahawa pendedahan bersiri mengenai anugerah kontrak bernilai RM1 bilion projek sambungan LRT Ampang akan membuktikan campur tangan terus Dato' Seri Najib Tun Razak,