Sunday, July 29, 2012

Kian ramai sangka Obama Muslim

WASHINGTON: Lebih daripada seorang dalam setiap tiga pengundi Parti Republikan masih percaya Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, beragama Islam.
Tinjauan Pusat Kajian Pew yang didedahkan kelmarin menunjukkan bahawa bilangan mereka yang mempunyai tanggapan itu telah meningkat sejak 2008.
"Bilangan rakyat Amerika yang berkata bahawa Obama seorang Muslim telah meningkat sejak 2008," kata penyelidik kanan Pew, Encik Greg Smith.
Ini meskipun Encik Obama telah beberapa kali menegaskan sejak menjadi Presiden Amerika hampir empat tahun lalu bahawa beliau beragama Kristian.
Menurut kajian Pew yang dijalankan pada Jun dan Julai lalu, sebanyak 17 peratus daripada 3,000 pengundi Parti Republikan menyangka Encik Obama seorang Muslim.
Angka itu satu peningkatan sebanyak 5 peratus berbanding pada 2008 dan kurang 3 peratus berbanding pada 2010.
Pemimpin masyarakat Islam Amerika bagaimanapun melahirkan keprihatinan bahawa kurang keupayaan segelintir anggota masyarakat untuk mengiktiraf agama sebenar Encik Obama menunjukkan kemungkinan meningkatnya sentimen Islamofobia dalam politik negara itu.
"Dengan 17 peratus rakyat percaya Encik Obama seorang Muslim menunjukkan wujudnya ramai penyebar khabar angin yang menakut-nakutkan orang lain dan permainan politik di Amerika," kata Encik Haris Tarin dari Majlis Ehwal Awam Muslim.
Namun, Encik Tarin tidak setuju dengan usaha Encik Obama terus-terusan menegaskan yang beliau seorang penganut Kristian kerana ia hanya akan mengukuhkan tanggapan bahawa Islam boleh digunakan untuk mencemarkan nama baik seseorang.
Nama penuh Presiden Amerika itu ialah Barack Hussein Obama memandangkan ayahnya yang berasal dari Kenya adalah seorang Muslim.
Dalam kajian Pew itu, hanya 49 peratus daripada responden dapat menjawab dengan betul bahawa Encik Obama beragama Kristian sementara lagi 31 peratus berkata mereka tidak tahu.
Sekitar 60 peratus daripada pengundi dapat menjawab dengan betul bahawa pencabar utama Encik Obama daripada Parti Republikan bagi jawatan Presiden, Encik Mitt Romney beragama Mormon. - AFP.


WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Jepun semalam memberi amaran kepada Korea Utara terhadap ujian nuklear terbarunya, dengan Presiden Barack Obama berikrar tidak akan bertolak ansur dengan Pyongyang.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, menyampaikan ancaman paling jelas sejauh ini bahawa Amerika akan menyerang Iran jika memang itu yang diperlukan untuk menghalang republik Islam ...
Nov 15, 2008
Taliban leader: We have no faith in Obama. ISLAMABAD, Pakistan (CNN) -- Barack Obama's election as president of the United States won't see a change in American relations with the Taliban, a senior Taliban leader in ...
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, dan isterinya memperoleh pendapatan sebanyak AS$1.7 juta ($2.1 juta) pada tahun lalu, satu kejatuhan besar berbanding 2009 ekoran penurunan jualan ...
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, yang pernah menentang perkahwinan antara individu sama jantina, mengubah pendirian dan kini menyokong pasangan sama jantina yang ingin berumah ...
The New York Daily News published photographs of a 24-year-old single mother known as Dania, who is reported to have gone back to an upmarket hotel with one of President Barack Obama's bodyguards only to argue the ...