Sunday, July 8, 2012

Mahathir: Orang Malayu bodoh terpaksa tunduk kepada tuntutan golongan minoriti

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar kiri) berkata "kebodohan" orang Melayu menyebabkan kumpulan etnik majoriti terpaksa tunduk kepada tuntutan golongan minoriti, termasuk mengiktiraf sijil daripada Kolej Tuanku Abdul Rahman (TARC).

Dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, Mahathir membangkitkan perkara itu sebagai dilema baru orang Melayu.

Beliau mendakwa, golongan Melayu kini tidak mampu mempertahankan kaum mereka kerana takut dituduh rasis.

"Sampaikan tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian kita dahulu tetapi kita tidak jawab. Bila tidak jawab maka mereka akan membuat lebih banyak lagi tuntutan.


"Jika dahulu untuk masuk kerja kerajaan diploma hanya melibatkan universiti awam tetapi sekarang ini diploma daripada Kolej Tuankua Abdul Rahman, kita kena terima.

"Ini semua kerana kita mahu undi. Semua perkara yang berlaku ini adala kerana kebodohan orang Melayu kerana kita tentukan perkara ini semasa kemerdekaan seupaya orang Melayu boleh menjadi majoriti.

"Namun kini sebaliknya, mereka sendiri yang menghancurkan majoriti mereka dengan berpecah belah," katanya.


Anwar juga mengimbas kembali desakan Mahathir yang mahu RM2 bilion untuk menyelamatkan anaknya tetapi tidak diendahkan beliau hingga membawa kepada pemecatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
"Biar saya pastikan Mahathir bahawa saya tiak benci dia sama sekali, tetapi seperti tiga bekas perdana menteri dan kebanyakan rakyat malaysia pada tahun 2012, saya menentang Mahathirisme dan ia kembali ke politik ...
"Mahathir sepatutnya mengutamakan kepentingan Petronas dengan melobi agar syarikat minyak negara diberi peluang untuk membekalkan bahan api kepada pesawat Airbus A380 kerana ia selaras dengan jawatan yang ...
Mustahil Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkenal sebagai pendendam, akan melepas peluang mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah jika akaun RM3 bilion benar-benar wujud. “Ingat Mahathir boleh bagi ...