Thursday, July 12, 2012

Mantan PM Israel didapati bersalah

BAITULMAKDIS: Mantan perdana menteri Israel, Ehud Olmert, semalam didapati bersalah atas tuduhan rasuah dalam kes jenayah pertama melibatkan seorang mantan perdana menteri negara itu.
Namun, Olmert dibebaskan daripada dua lagi tuduhan, dalam apa yang dilihat sebagai kemenangan besar baginya.
Mahkamah Baitulmakdis membebaskan Olmert daripada tuduhan menerima sampul berisi wang berjumlah AS$150,000 ($190,371) daripada seorang peniaga Amerika Syarikat dan memberikan bil berganda kepada pertubuhan kebajikan Israel bagi lawatan mengumpul dana di luar negara, yang membolehkannya mendapat AS$92,000.
Tetapi mahkamah mendapati Olmert bersalah memberi bantuan kepada seorang bekas rakan sekerjanya semasa dia menjadi menteri perdagangan dan perindustrian sebelum menjadi perdana menteri pada 2006.

Perbincangan mengenai hukuman terhadap Olmert, 66 tahun, dijangka bermula September ini. Dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.
Olmert masih menghadapi satu lagi perbicaraan bagi tuduhan menerima rasuah bagi memudahkan kerja pembinaan kompleks perumahan besar, Holyland, di bandar itu, semasa menjadi datuk bandar Baitulmakdis.
Dalam laman Internetnya, akhbar Israel, Haaretz, menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai "kekalahan teruk" bagi pendakwa.
Laman berita Ynet, yang popular, menyifatkan keputusan itu sebagai "gempa undang-undang" yang mengecewakan jangkaan ramai bahawa Olmert akan didapati bersalah bagi ketiga-tiga tuduhan.
Semasa perbicaraan, peniaga Amerika, Encik Morris Talansky, memberi keterangan beliau memberi Olmert sampul berisi beratus ribu dolar.
Olmert berkata wang itu digunakan bagi pilihan raya dan menafikan dia mendapat manfaat peribadi sebagai ganti memajukan kepentingan peniaga itu.
Mahkamah berkata pendakwa gagal membuktikan bayaran yang diberi itu tidak sah.
Olmert berundur sebagai perdana menteri pada September 2008 kerana mahu membersihkan namanya.
Namun, dia kekal dalam pemerintah sementara sehingga Mac 2009 apabila pemerintah Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengangkat sumpah.
Tahun lalu, mantan presiden Moshe Katsav didapati bersalah merogol pembantunya ketika menjadi menteri kabinet pada 1990-an dan mencabul kehormatan dua wanita lain yang bekerja dengannya semasa dia menjadi presiden pada 2000 hingga 2007.
Katsav mula menjalani hukuman penjara Disember lalu. - Reuters, AFP.
Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)." ...
Pemimpin Umno amat sedar, Isreal tidak menghalang mereka untuk terus meratah khazanah negara ini. Pemimpin Umno juga amat sedar Umno perlukan bantuan dan sokongan Isreal untuk melawan musuh-musuh politik ...