Sunday, July 29, 2012

Najib antara 25 pemimpin paling aktif di Twitter

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disenaraikan sebagai seorang daripada 25 pemimpin dunia yang paling aktif berhubungan di Twitter, dalam laporan yang diterbitkan oleh Burson-Marsteller. 

Laporan yang diterbitkan baru-baru ini, dikenali sebagai Twiplomacy, merupakan kajian pertama seumpamanya di peringkat global mengenai pemimpin-pemimpin dunia di Twitter.

Laporan itu meletakkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai pemimpin dunia yang perkembangannya paling banyak diikuti di Twitter manakala akaun Najib sebagai nombor 2 di Asia dan nombor 17 di dunia daripada 254 ketua kerajaan dan negara dan institusi mereka.
Ia juga menyenaraikan Najib sebagai pemimpin dunia keenam paling popular yang "tweets properly" – hanya 30 daripada 254 ketua negara dan kerajaan yang sebenarnya menulis entri mereka sendiri di Twitter.

Najib mula menulis di Twitter pada 23 Sept, 2008 dan setakat semalam, beliau mempunyai 767,679 pengikut di Twitter dan menulis 2,675 tweets dan 81 'following'.

Ini menjadikan beliau setakat ini pemimpin paling popular di Asia di Twitter, per kapita (1 dalam 37) dan selesa dalam kedudukan 10 terbaik di peringkat global.

Menurut laporan itu, Najib juga mengikuti perkembangan beberapa pemimpin antarabangsa dan serantau dan dihubungkan dengan @bluehousekorea, @karimmassimov_e dan @number10gov.

Laporan itu juga menyatakan Najib ialah antara pemimpin yang cepat memanfaatkan kemudahan Twitter. 

"Perdana Menteri Malaysia Najib Razak aktif berhubung dengan audien beliau. Beliau tweets secara peribadi dan mendekati setengah juta pengikutnya dengan kuiz dan sweepstakes.

"Sebanyak 17 peratus daripada tweets beliau ialah perbualan dan termasuk  jawapan," menurut laporan itu yang boleh dilayari di twiplomacy.com. 

Mei lepas, beliau menganjurkan majlis sarapan pagi dengan pengikutnya yang ke-500,000 dan tiga pengikut Twitter yang lain. 

Twiplomacy melaporkan yang beliau mengabadikan majlis itu dengan memuat naik gambar tetamunya menerusi Twitpic dan video YouTube.

Najib memanfaatkan teknologi untuk mendekati secara peribadi seperti menjawab soalan di Facebook dan Twitter beliau -- baik secara langsung atau sesi soal jawab yang dirancang terlebih dahulu seperti #TanyaNajib dan 1Malaysia Roundtables. 

Beliau juga menganjurkan majlis dengan rakan online di seluruh negara, yang bermula dengan majlis minum petang di kediaman rasmi beliau, Seri Perdana dan kemudiannya diperluaskan kepada majlis pertemuan.

Daripada segi politik dan kerajaan, Perdana Menteri menggunakan media sosial untuk bertanyakan kepada rakyat Malaysia bagi mendapatkan sebarang cadangan dan idea untuk Belanjawan 2013 serta input bagi Akta Harmoni Nasional, yang akan menggantikan Akta Hasutan yang digubal pada zaman penjajah.

Ini disusuli pengumuman oleh kerajaan pada awal Julai bahawa semua jabatan dan agensi kini perlu mendapatkan pandangan orang ramai sebelum mencadangkan draf pindaan terhadap undang-undang sedia ada atau memperkenalkan Rang Undang-Undang baharu.

Platform online MyIdeas diperkenalkan kepada rakyat untuk mengemukakan idea mereka dengan yang terbaik dipilih menjadi dasar-dasar kerajaan.

Bernama


Akhbar Kanada mengkategorikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sebagai “demokrat palsu”, dengan meletakkannya sebaris dengan autokrat lain dunia. Tulisan itu bertajuk “A 21st-century checklist of the ...
Azizah berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyembunyikan fakta jenayah sebenar di negara ini apabila mengatakan ia berada pada kadar selamat. Sedangkan katanya, Bekas ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini pula mendedahkan sebaliknya. Musa dilapor mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya meningkat dan meminta pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai. Pada 10 Julai lalu, Wan ...
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan .
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas apabila ditanya mengenai kes di mahkamah Perancis berhubung dakwaan bayaran kepada pegawai tinggi Malaysia berhubung pembelian kapal selam Scorpene.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau membuat keputusan untuk menyertai sambutan Pesta Gawai bagi menunjukkan bahawa 'apa yang dicakapnya adalah serupa bikin' kerana beliau merupakan Perdana Menteri untuk semua dan kerajaan mengambil berat hal ehwal semua rakyat Malaysia. 
Slogan Hari Kebangsaan ke-55 gagal mempamerkan semangat kemerdekaan rakyat Malaysia pelbagai kaum kerana ia telah dijadikan propaganda untuk menonjolkan Datuk Seri Najib Razak sebagai ketua kepada United Malays National ... Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, mengecam tindakan Menteri Penerangan, Datuk Dr Rais Yatim yang berdegil menegakkan benang basah dengan mempertahankan slogan berbau kempen pilihan raya tersebut.
Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi saksi dalam kes Scorpene di Mahkamah Perancis menimbulkan prejudis di kalangan rakyat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Anwar, Najib ... Baru-baru ini, laman web Asia Sentinel memuatnaik 153 dokumen siasatan polis Perancis, yang mendedahkan urusniaga Scorpene membabitkan kerajaan Malaysia dan syarikat pertahanan Perancis, DCNS. Ia susulan penafian ...
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato' Ser Najib Tun Razak selaku pengerusi,. 2. Menteri ....Demonstrasi Songsang Paling Haramjadah Tapi Paling Selamat di Malaysia (20 comments) · Kesihatan Tun Dr. Mahathir ...
Bagaimana prestasi Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia setakat ini? Adakah kita lupa bahawa sejak dari zaman Tun Mahathir, Pak Lah hinggalah Najib, mereka sendiri yang telah memperkenalkan Key ...
Oleh: Lim Kit Siang ~ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mengetuai kempen propaganda BN untuk kawalan kerosakan atau damage control - untuk mengurangkan ketidaksehaluan dalam penyahkendalian perhimpunan ... antara rakyat Malaysia yang menjangkau kaum, agama, kelas, kawasan, jantina atau pun umur untuk menunjukkan cinta kepada negara yang menitikberat keperluan pilihanraya yang bersih, untuk Malaysia yang bersih. Setiap hari ...
Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan. Dokumen ...
Menteri veteran Umno itu juga terpaksa menangkis beberapa tuduhan yang ditujukan kepada Presiden parti itu yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang ketika itu adalah ketua Pemuda Umno ...
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, dijangka merombak semula kabinetnya awal bulan ini dan menunda pilihan raya, yang sebelum ini diramal diadakan tidak lama lagi. Ini berikutan skandal melibatkan ...