Wednesday, July 11, 2012

Pekerjaan Uncleseekers, Sultan dan Beruk, apa perbezaannya?

Gambar atas adalah Uncleseekers (Syed Abdullah bin Syed Hussein Al-Attas)  Pekerjaan dia yang saya tahu mencari hantu! Bila kami berjumpa, saya selalu cakap padanya “Ante ni dah macam takde kerja, nak mencari hantu je”  

Kira-kira dua bulan dulu, saya bersama anak dan Malvina ke “Wadi Hussein” (kediaman Uncleseekers) di “Janda” (bahasa yang kami gunakan merujuk kepada Kampong Janda Baik, di Pahang) kerna Syed Hussein Al-Attas (bapa Uncleseekers) ingin berbincang sesuatu. Selepas kurang lebih dua jam kami berbincang dari topic keluarga, penulisan dan singgah sekejap topic politik, Ami Hussein berangkat balik ke Kuala Lumpur.

Selepas Maghrib, Uncleseekers bersuara “Beb, ana nak tunjuk satu barang pada anak ante, ante panggil dia orang beb”.  Saya sudah dapat merasakan apa yang akan ditunjukkan kepada CD dan Malvina, sesuatu yang pernah ditunjukkan kepada saya suatu masa dulu.

Saya suruh CD dan Malvina masuk ke bilik Habeeb Lah. Uncleseekers sudah sedia menunggu.  Tidak sampai 2 minit, “Waaaauuuuuuuuuuuuuuuu”. CD dan Malvina menjerit dan berlari keluar dari bilik. Tau apa yang mereka tengok? >>> hantu dalam kaca!!

Maka, terbuktilah Uncleseekers (Syed Abdullah bin Syed Hussein Al-Attas) adalah pencari hantu!
 
Gambar di atas ini adalah DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. PekerjaanSultan memang saya tidak tahu sebab saya tidak pernah jadi Sultan.
Gambar di atas ini pulak, gambar Beruk. Apa yang saya tahu pekerjaan beruk hanyalah makan, minum, tidur, main. Saya juga tahu, beruk kalau dia hendak makan buah, dia tidak peduli siapa punya buah, janji dia nak, dia belasah je. Saya jugaamat faham, beruk ni kalau dia nak main, bukan dia kira sapa, janji selera dia naik, dia tibai semacam je. Kerajaan Rakyat amat berharap, kita semua tidak jadi macam beruk.

Justice For Uncleseekers
Justice For Uncleseekers
JusticeFor Uncleseekers