Thursday, July 12, 2012

Penduduk dunia dijangka capai 9.5 bilion jelang 2050

MUMBAI: Para pengguna kereta api berpusu-pusu di platform stesen kereta api Churchgate pada malam menjelang Hari Penduduk Sedunia di Mumbai kelmarin (gambar).
Benua Afrika dan Asia dijangka melihat pertumbuhan penduduk paling tinggi dalam masa 40 tahun yang akan datang, kata satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) awal tahun ini, sambil menekankan bahawa India dan China sedang mendahului pertambahan penduduk itu.

Jumlah penduduk dunia dijangka bertambah tiga kali ganda menjelang 2050 berbanding abad sebelumnya.
Jumlah penduduk dunia mencecah tiga bilion pada 1950, bertambah kepada tujuh bilion pada tahun lalu dan dijangka mencapai 9.5 bilion menjelang 2050 - satu kenaikan yang dijangka berlaku terutama di negara-negara paling miskin, menurut anggaran PBB. - Foto AFP.