Friday, July 6, 2012

Peringatan Kerajaan Rakyat Kepada Yang Diwakilkan Kuasa, RAKYAT maupun RAJA

Adik dan anak. Adik... tabahlah hadapi ranjau berduri
dan yakinlah, sinar menanti dihadapan, insyaAllah.
Kerajaan Rakyat ingin memberi peringatan kepada mana-mana pihak yang telah diamanah dengan kuasa, sama ada parti pemerintah, polis, Sultan ataupun Raja agar menjalankan pentadbiran dengan jujur, ikhlas, bertimbang-rasa dan penuh bertanggungjawab.

Sama ada Uncleseekers aka Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas atau sesiapa saja yang bernama rakyat, jika didakwa bersalah, sila bawa mereka keperbicaraan terbuka yang jujur dan telus.

Sebagai sebuah negara berdaulat yang didakwa sebagai negara Islam, sekalipun bersandarkan perlembagaan "Raja Berpelembagaan", hukum serta perlembagaan Islam wajib diutamakan.

Perlembagaan yang bernaungan kepada ajaran Islam tidak sekali-kali membedakan siapa yang mencuri, sama ada rakyat ataupun Sultan, hukumannya tetap sama!

Allah SWT tidak menyebut di dalam Al-Quran cara perbicaraan yang membedakan antara rakyat dan raja.

Allah SWT menganugerahkan kepada rakyat mata dan telinga yang sama fungsinya sepertimana mata dan telinga raja ataupun sultan. Lebih dari itu Allah SWT juga mengurniakan akal yang sama untuk kesemua hamba-hambaNya tanpa mengira hambaNya itu sultan ataupun rakyat. Justeru, yang membedakan antara sesama hambaNya adalah sifat, perangai dan ketaqwaan!