Thursday, July 5, 2012

Selepas 22 jam Blogger Uncleseekers dan “adik” bercuti di lokap balai polis

 Penahanan blogger Uncleseekers aka Syed Abdullah Syed Hussein Al-Alttas olih pihak polis malam semalam hanyalah satu permulaan kepada perjuangan menegakkan kebenaran yang lebih besar dan hebat.

Ami Hussein memberitahu Kerajaan Rakyat sesungguhnya penahanan Beb Lah (Uncleseekers) tidak sedikitpun menjejaskan perancangan yang telah dirancang.

Penulis politik popular, Syed Hussein Al-Attas itu turut bersetuju dengan titipan Kerajaan Rakyat semalam; “Macam ante tulis semalam, Beb Lah balik kampong dan bercuti di Johor Bahru tu memang betul.” Akui abah kepada blogger Uncleseekers. Perjalanan hidup ini telah tertulis di Luh Mahfuz, sambungnya.


 Ketika ini Uncleseekers masih berehat di balai polis Air Molek, Johor Bahru dan “adik” bercuti di balai polis Senawang.

 " ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ - surah al-Imran ayat 54
ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

Sekitar jam 10 malam tadi, blogger Uncleseekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas telah ditahan olih pihak polis. Seekers kemudiannya dibawa ke balai polis Senawang, Negeri Sembilan.