Monday, July 16, 2012

Sistem Raja Berperlembagaan: Usaha pinda perlembagaan diterima tapi perlu adakan pungutan suara

AWAS: Beratus pegawai polis dikerahkan mengelilingi bangunan Mahkamah Perlembagaan, semalam, sebagai langkah berjaga-jaga berhubung kes usaha kerajaan meminda perlembagaan negara itu.
- Foto REUTERS

BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand semalam memutuskan bahawa usaha membentuk jawatankuasa bagi melakar perlembagaan baru tidak melambangkan usaha menjatuhkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan negara itu.
Keputusan itu membuka jalan bagi beberapa bahagian perlembagaan dipinda tetapi mahkamah menyatakan satu pungutan suara perlu diadakan bagi memutuskan sama ada kerajaan boleh teruskan usaha itu.
 

"Mahkamah menolak semua petisyan," kata Encik Nurak Marpraneet, salah seorang daripada lapan hakim di Mahkamah Perlembagaan.
Keputusan mahkamah menolak petisyen itu berjaya meredakan krisis politik di Thailand.
Sekiranya, mahkamah menerima petisyen pihak pembangkang, terdapat kebimbangan ia akan memerintahkan agar Parti Puea Thai, yang dipimpin Perdana Menteri, Cik Yingluck Shinawatra, dibubarkan.
Jika parti yang memerintah itu dibubarkan, ramai khuatir ia akan mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran dan kemungkinan berlaku keganasan.
Parti Puea Thai menganggap perlembagaan yang dilakar pada tahun 2007, sejurus selepas kudeta tentera yang menggulingkan Perdana Menteri ketika itu dan abang Cik Yingluck, Encik Thaksin Shinawatra, sebagai tidak demokratik kerana menghadkan kuasa ahli politik yang dipilih.
"Bukti yang ada tidak mencukupi bagi meyakinkan mahkamah bahawa pihak pembela sedang cuba menjatuhkan kerajaan berperlembagaan.
"Apa yang dinyatakan pihak pengadu dalam petisyen hanyalah spekulasi," kata Encik Nurak, sambil menambah bahawa perhimpunan bagi melakar pindaan masih belum dipilih.
Beratus pegawai polis mengelilingi bangunan mahkamah itu beberapa jam sebelum keputusan diumumkan, di tengah-tengah kebimbangan bahawa keputusan yang tidak memihak kepada Parti Puea Thai, mungkin mencetuskan semula perpecahan politik.
Golongan Baju Merah, yang menyokong kerajaan, telah berkumpul dekat bangunan parlimen dan mengancam mengadakan bantahan sekiranya keputusan tidak memihak kepada mereka.
Namun, golongan itu bersorak gembira dan melaungkan bendera setelah mendengar keputusan tersebut.
Menurut Cik Siripan Nogusan Sawasdee, Profesor Madya di Fakulti Sains Politik, Universiti Chulalongkorn, beliau percaya pungutan suara itu akan membolehkan perlembagaan dipinda kerana adanya sokongan kuat kepada kerajaan, namun ia juga bermakna parti Demokratik yang menentang pindaan, juga rasa gembira kerana proses pindaan tidak dapat dilakukan segera. - AP, AFP, Reuters.

... mengingatkan bahawa raja-raja Melayu mempunyai peranan dan fungsi amat penting dalam sistem pemerintahan Malaysia dan ia menjadi teras utama konsep Raja Berperlembagaan yang diguna pakai sejak negara itu ...
Jadi tindakan Sultan Pahang@Sultan artis ini adalah bertentangan dgn konsep Raja Berperlembagaan itu sendiri. Adakah Sultan Pahang ini tidak mengerti atau buat2 tak reti apa itu sistem Raja berperlembagaan?, mmg ...
Ini adalah selaras dengan kedudukan baginda sebagai Raja Berperlembagaan. Kuasa budi bicara baginda adalah sepertimana yang dinyatakan dalam Fasal 55 (2) (a) – (g) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, ...
Sultan-sultan ni kekadang lupa mereka adalah raja berperlembagaan... jangan ingat mereka buat sesuka hati mereka. Bila rakyat bangkit melawan nanti kata rakyat derhaka, tetapi tindak tanduk sebahagian raja-raja Melayu ...