Saturday, July 28, 2012

Slogan ‘Janji Ditepati’ anti-nasional, logonya macam rojak

Slogan Hari Kebangsaan ke-55 gagal mempamerkan semangat kemerdekaan rakyat Malaysia pelbagai kaum kerana ia telah dijadikan propaganda untuk menonjolkan Datuk Seri Najib Razak sebagai ketua kepada United Malays National Organisation (UMNO) dan Barisan Nasional sahaja.

Slogan “Janji Ditepati” itu diselar kerana tidak memperlihatkan semangat nasionalisme, malah memecahbelahkan masyarakat kerana membawa mesej politik sempit semata-mata.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, mengecam tindakan Menteri Penerangan, Datuk Dr Rais Yatim yang berdegil menegakkan benang basah dengan mempertahankan slogan berbau kempen pilihan raya tersebut.

Menurutnya, slogan itu hanyalah retorik memandangkan masih banyak janji-janji UMNO yang tidak ditepati, malah dimungkiri.

Beliau mengingatkan tentang masalah pendatang asing di Sabah yang sudah mencecah angka 1.9 juta; selain masalah jenayah yang kian meruncing dan gejala rasuah yang semakin menjadi-jadi.

“Banyak yang boleh ditulis tentang bagaimana slogan ‘Janji Ditepati’ itu telah gagal dan langsung tidak berjaya sepanjang 55 tahun Merdeka dan 49 tahun pembentukan Malaysia,” ujar beliau.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur memberi contoh-contoh lain seperti kegagalan UMNO-BN menangani keharmonian negara, mencabul demokrasi serta kegagalan menepati janji tiga tahun Program Transformasi Kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah, rasuah dan pelaksanaan transformasi ekonomi dan politik.

Menurutnya, adalah salah dan tidak tepat untuk menggunakan slogan politik BN sebagai slogan perayaan kebangsaan kerana ia memperlihatkan Najib sebagai pemimpin untuk UMNO-BN sahaja.

“Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sepatutnya adalah perayaan untuk semua rakyat Malaysia, tidak kira keturunan, agama, daerah dan fahaman politik untuk bersama-sama sebagai sebuah bangsa,” ujar beliau.

Katanya, slogan itu turut diiringi logo yang disifatkannya sebagai ‘rojak’ dan kelihatan buruk, malah turut menerima kritikan hebat di ruang media sosial disebabkan rekabentuknya yang tidak menepati ciri-ciri sebuah logo.

“Tidak hairanlah kenapa Malaysia di bawah pentadbiran UMNO dan BN begitu berantakan, tidak kiralah dalam soal pembinaan negara, politik, ekonomi, pendidikan mahupun sosial,” ujarnya.

Undian akhbar Sinar Harian dalam jangkamasa 48 jam memperlihatkan 2,359 atau 84% daripada 2,811 orang responden menyokong supaya tema dan logo tersebut ditukar. – Roketkini.
Tanpa rasa malu, UMNO BN menggunakan tema "55 tahun janji ditepati" bagi sambutan kemerdekaan tahun ini. Kita lihat senarai 20 orang paling kaya di Malaysia dan kita tanya: Di mana Melayu? Tan Sri Robert Kuok kekal ...
Sejuta janji tiada satupun ditepati. Tekad ku pada detik dan masa. Walau jasad diheret tersiksa. Ke Dataran ku tetap menuntut jaksa. Janji ku pada anak, bangsa dan nusa. Walau terkapan jasad tua, semangatku sasa ...
Biasan Rindu: Janji Manismu .... Lafaz 'Janji Ditepati' Untuk Janji Yang Mana? WARTA KERAJAAN RAKYAT · Cadangan Terbaik Dari Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Demi Rakyat · Azmin Ali · Sidang DUN Selangor ...