Thursday, July 12, 2012

Thai bebas warga AS yang didakwa hina raja

BANGKOK: Seorang warga Amerika Syarikat, yang dikenakan hukuman penjara dua setengah tahun di penjara Thailand kerana menterjemahkan naskhah biografi raja Thai dan menyiarkan kandungan buku yang diharamkan kerajaan Thailand itu secara dalam talian, telah dibebaskan setelah mendapat pengampunan diraja, kata kedutaan Amerika semalam, satu langkah yang dialu-alukan Washington.
Joe Wichai Commart Gordon (gambar kiri) didakwa pada Disember lalu atas kesalahan menterjemahkan beberapa bahagian buku The King Never Smiles daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Thai.
Ia merupakan satu contoh kes berprofil tinggi mengenai hukuman berat yang dikenakan di Thailand ke atas mereka yang didakwa menghina keluarga diraja Thai - satu isu yang menimbulkan kebimbangan mengenai kebebasan bersuara di negara Asia Tenggara itu.
Tidak ada sebab diberikan bagi pengampunan tersebut tetapi para pegawai Amerika telah mendesak pihak berkuasa Thai supaya membebaskan warga Amerika berketurunan Thai itu sejak dia ditahan pada Mei tahun lalu.

Gordon dibebaskan daripada Penjara Reman Bangkok lewat kelmarin, kata jurucakap kedutaan Amerika, Encik Walter Braunohler.
"Kami gembira Raja Bhumibol Adulyadej telah memberikan Joe Gordon pengampunan, yang membolehkan beliau dibebaskan dari penjara," kata Encik Braunohler.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai rancangan masa depan Gordon tetapi peguamnya, Encik Arnon Numpa, memberitahu The Associated Press (AP) bahawa dia dijangka pulang ke Amerika dalam beberapa hari ini.
Undang-undang Thai boleh mengenakan hukuman penjara antara tiga dengan 15 tahun ke atas mereka yang didakwa bersalah menghina keluarga dirajanya. - AP, AFP.
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Cik Yingluck Shinawatra, menyokong langkah partinya meluluskan undang-undang yang boleh membebaskan abang beliau yang sedang diburu polis, sambil berkata bahawa satu ...
Cik Yingluck Shinawatra, (gambar)adik perempuan mantan perdana menteri Thai yang hidup dalam buangan, Encik Thaksin Shinawatra, akan menjadi calon bagi Parti Puea Thai, yang memenangi pilihan raya umum ...
Dua parti utama yang bersaing ialah Parti Demokrat pimpinan Encik Abhisit Vejjajiva dan Parti Puea Thai pimpinan Cik Yingluck Shinawatra, adik bongsu mantan perdana menteri, Encik Thaksin. Parti lain yang bertanding: ...