Sunday, July 29, 2012

Timbalan Menteri Kabinet keluar Umno, ajak ubah kerajaan di Sabah

KOTA KINABALU 28 Julai: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Akim hari ini, mengumum peletakan semua jawatannya dalam Umno.
Beliau berkata demikian depan ratusan penyokong, kebanyakannya pemegang jawatan penting di peringkat cawangan dan bahagian Umno, di rumahnya di Likas di sini, kira-kira jam 6 petang.
“Mulai sekarang, saya letak semua jawatan dalam Umno kerana tidak lagi yakin parti itu mampu membela rakyat Sabah,” katanya.
Bercakap kepada Keadilan Daily pula, Lajim menyatakan komitmennya terhadap Pakatan Rakyat bagi memulihkan Sabah dari belenggu penindasan dan ketidakadilan.  

Beliau juga menggerakkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) – sebuah gerakan yang menolakkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Negeri Di Bawah Bayu itu.
Selain PPS yang didominasi golongan Melayu-Islam, wujud juga Angkatan Perubahan Sabah (APS) – dominasi Kadasan-Dusun-Murut yang diterajui Datuk Seri Wilfred Bumburing – Ahli Parlimen Tuaran dari BN.
Pelancaran PPS dan APS dijadual berlangsung esok dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir sebagai tetamu kehormat.
Sebelum ini, Lajim meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu sehari selepas Datuk Seri Najib Razak melawat Sabah, Jun lalu.
Beliau juga enggan pertahan jawatan Ketua Bahagian Umno Beaufort sebaliknya menghantar surat peletakan kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort.
Lajim ialah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ahli Parlimen Beaufort sejak beberapa penggal, selain pernah menyandang Timbalan Ketua Menteri Sabah dan jawatan penting lain.
Dalam Pilihan Raya Umum 2008 beliau mengalahkan calon KEADILAN Lajim Md Yusof dengan majoriti 10,914 undi.
Lajim juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno bagi sesi 2009-2011 dalam Perhimpunan Agung Umno 2009.

Lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah petang ini dijangka akan menyaksikan beberapa wakil parliament dan pemimpin Barisan Nasional Sabah akan menyerahkan borang keahlian untuk sertai PKR. Antara yang ..
Ketua perhubungan PKR Sabah Ahmad Tamrin Jaini mengesahkan perkara ini dengan berkata beliau telah menerima jemputan rasmi daripada kedua-dua MP BN tersebut hari ini. "Ini adalah perkembangan yang baik untuk ...
"Saya tidak fikir deposit tetap itu akan kekal" katanya lagi yang merujuk kepada gelaran popular untuk Sabah dan Sarawak yang secara tradisinya menjadi kubu kuat BN. Beliau bercakap dalam majlis perbincangan meja ...
Untuk Pesta Ka'amatan ini (30 Mei-31 Mei), saya ingin merakamkan ucapan selamat menyambut hari Ka'amatan kepada semua saudara dan adik-adik saya di Sabah, terutama masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut.