Saturday, July 7, 2012

Tolong Jawab: Dari mana dapat ayat "Jangan Derhaka Kepada Raja"?

Salaam semua pembaca Kerajaan Rakyat,

Tiada satupun ayat “Jangan derhaka kepadaSultan” yang diucapkan olih Nabi Muhammad s.a.w.
 Tun Mahathir suruh Melayu berfikir. Baca di sini
Kerajaan Rakyat sekadar inginkan kepastian;
~ Dari mana datangnya ayat “Jangan gerhaka kepada raja”?

Kerajaan Rakyat bertanya kerna apa yang terbaca hanya seperti di bawah:


Perlukah aku beritahu kamu tiga perkara dosa besar yang paling besar?” Kami (para sahabat) menjawab, “Tentu, ya Rasulullah.” Maka Nabi berkata “ Menyekutukan Allah dan menderhaka kepada Ibubapa.” Pada mulanya Nabi bersandar lalu Nabi duduk untuk melanjutkan percakapan. “Begitu juga dengan pembohongan dan penyaksian palsu.” Beiau terus mengulanginya sehingga kami ingin beliau berhenti”. (Riwayat Bukhori dan Muslim).

Firman Allah bermaksud :
“Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan-Nya serta berbuat baiklah kepada Ibubapa.” (Surah An-Nisa ayat 36)

Firman Allah lagi yang bermaksud :
“Bersyukurlah kepada-Ku dan berterima kasihlah kepada Ibubapamu, hanya kepada Ku tempat kembali.” (SurahLuqman ayat 14)

Ayat di atas menyatakan bahawa bersyukur kepada Allah tidak membawa apa-apa erti andai tidak disekalikan dengan terima kasih kepada Ibubapa, berbuat baik kepada mereka sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul.

Islam meletakkan kedudukan Ibu lebih istimewa daripada ayah. Kasih sayang ibu lebih nyata dan lebih banyak. Ibulah yang menanggung bagaimana susahnya waktu mengandung, melahirkan, menyusukan, berjaga malam, menukar lampin dan sebagainya.Pengorbanan ibu telah disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud :

Kami perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada kedua Ibubapanya. Ibu telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan penuh penderitaan. Mengasuh dengan sabar sejak dari mengandung sehingga bercerai susu, selama tiga puluh bulan lamanya.” (Surah Al-Kahfi ayat 15)

Dalam sabda Nabi yang lain yang bermaksud : “Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. lalu bertanya, “Kepada siapakah yang paling patut aku berbuat baik?.” Nabi menjawab, “Kepada Ibumu.” “Selepas itu kepada siapa.” Tanya lelaki itu. Nabi menjawab, “Kepada Ibumu.” Selepas itu kepada siapa. Tanya lelaki itu. Nabi menjawab, “Kepada Ibumu.” Setelah itu kepada siapa. Lelaki itu masih bertanya. Nabi menjawab, “Selepas itu kepada ayahmu.” (Riwayat Bukhori dan muslim)

Nabi Muhammad s.a.w. mengulangi perkataan “Kepada Ibumu” sehingga 3 kali untuk menyatakan betapa ketaatan anak kepada ibunya lebih daripada ayahnya walaupun anak diwajibkan taat kepada kedua-duanya. Ini adalah kerana kepayahan, keperitan dan penderitaan yang ditanggung oleh ibunya lebih dalam membesar dan mendidik anaknya.

Namun begitu, ketaatan kita kepada ayah tidaklah terpinggir begitu sahaja, sebagaimana yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. menerusi sebuah hadis yang bermaksud :

Seorang lelaki datang mengadu kepada Nabi Muhammad s.a.w. katanya “sesungguhnya ayahku telah merampas hartaku. Nabi berkata “Dirimu dan hartamu adalah milik ayahmu, Anak-anak kamu adalah hasil usaha kamu yang terbaik. Oleh itu kamu berhak memakan harta mereka.” (Riwayat Ibnu Majah)

Kesimpulannya, hendaklah kita sentiasa taat dan patuh kepada Ibubapa kita. Janganlah kita membentak, mengherdik atau menyergah malah mengeluh atau berdengus pun tidak dibenarkan dan sudah dikira berdosa. Kasihilah mereka sementara mereka masih bernyawa. Sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita menjadi anak yang derhaka kepada Ibubapa.

Nota: Tiada satupun ayat “Janganderhaka kepada Sultan” yang diucapkan olih Nabi Muhammad s.a.w. 


Blogger Uncleseekers yang telah ditahan polis Senawang sekitar jam 10 malam tadi, sekarang ini (jam 2.02am) Seekers dalam perjalanan balik kampong. Bedanya, selalunya beliau berkereta sendiri ke Johor Bahru tetapi ...
Penahanan blogger Uncleseekers aka Syed Abdullah Syed Hussein Al-Alttas olih pihak polis malam semalam hanyalah satu permulaan kepada perjuangan menegakkan kebenaran yang lebih besar dan hebat. Ami Hussein ...
Sekitar jam 10 malam tadi, blogger Uncleseekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas telah ditahan olih pihak polis. Seekers kemudiannya dibawa ke balai polis Senawang, Negeri Sembilan. Tangkapan itu diyakini urutan ...
KR: As-salaamualaikum. HP: Waalaikumsalaam. ... Lokasi?? KR: Rumah Beb (sambil ketawa besar). Ante kat mana sekarang? HP: Ante ketawa!! Petang tadi abah ana pun telepon ana. Ana kat Melaka beb... dengan anak ...