Wednesday, July 4, 2012

Tunku Mahkota Johor biadap, tidak menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat

Andai apa yang dilaporkan olih Malaysiakini dan printscreen tweet Crown Prince Of Johor sepertimana di bawah adalah benar, maka Kerajaan Rakyat membuat kesimpulan sesungguhnya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim seorang yang amat biadap dan tidak menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat!

Selaku bakal Sultan sebuah negeri berdaulat, Tunku Ismail seharusnya mempamerkan tingkahlaku, pertuturan serta akhlak yang baik agar dapat dicontohi olih rakyatnya.


Marah mana sekalipun, selaku seorang kerabat diraja dan bakal Sultan yang mana gaji, alaun dan segala kemudahannya dirajanya dibiayai melalui cukai rakyat, Tunku Ismail tidak mempunyai hak multak untuk menyamakan rakyat seperti anjing! Kalau benar perkataan tersebut dilafaskan / ditulis olih bakal Sultan, Kerajaan Rakyat berasa amat sedih kerana ia mencemarkan maruah Institusi Kesultanan Melayu Johor itu sendiri.

Tunku Ismail tidak seharusnya terus menuduh semua titipan Uncleseekers dalam blognya sebagai “karut”. Tunku Ismail sewajarnya menunjukkan sifat mulia dengan mengulas dan memberi penjelasan terhadap kesemua dakwaan yang dibuat olih Uncleseekers

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata: "Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih,"

Untuk pengetahuan Tunku Ismail, ini bukan soal menjatuhkan, tetapi pokok persoalannya ialah rakyat inginkan penjelasan, jadi, sila berikan penjelasan dan jangan terlalu angkuh dengan mengeluarkan perkataan "anjing" terhadap rakyat!
Sebagai peringatan ikhlas daripada Kerajaan Rakyat kepada kesemua Sultan dan Raja-Raja Melayu, terutama kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Allah SWT tidak memberi lesen kepada mana-mana Sultan atau Raja untuk memanggil rakyatnya dengan perkataan “anjing”.

Kepada para mufti, Kerajaan Rakyat mohon agar kalian jalankan amanah yang disandarkan kepada kalian untuk menjadi penasihat yang jujur, ikhlas dan berani kepada para Sultan. Sesungguhnya institusi Kesultanan Melayu hanya akan dipandang tinggi dan dihormati andai Sultan dan para kerabatnya bersikap dan mengamalkan kelaku yang terpuji selaras dengan kedudukan Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri berkaitan.

Salaam Takzim,
Mohd Sofi Yassin ~ Kerajaan Rakyat
04 Jun 2012. 4.02AM