Saturday, July 14, 2012

Uncle Seekers dibebas dengan jaminan polis

JOHOR BAHRU - Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers, dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Akhir Ishak yang mengesahkan perkara itu, berkata Syed Abdullah, 46, dibebaskan pada 12.55 tengah hari.
Pengkaji aktiviti paranormal itu ditahan kira-kira pukul 7 malam pada 11 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Nusajaya pada 4 Julai.
Dia kemudian direman selama tiga hari dengan perintah daripada Mahkamah Majistret di sini.  

Sebelum itu, Syed Abdullah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana tulisan dalam blog miliknya www.uncleseekers.blogspot.com didakwa memfitnah Sultan Johor.
Mohd Akhir berkata kertas siasatan terhadap Syed Abdullah berkaitan kes mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 telahpun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan sedang  menunggu tindakan susulan daripada mahkamah.
Polis juga, katanya masih menunggu keputusan ujian air kencing Syed Abdullah bagi kesalahan mengambil dadah.
Teman wanita Syed Abdullah yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan dan dua lelaki berusia 23 serta 24 tahun yang merupakan kenalannya yang ditangkap di Tanjung Kling, Melaka pada 9 Julai lalu, telah turut dibebaskan.
Bekas pengurus peribadi Syed Abdullah dan teman wanitanya yang berusia 27 tahun pula direman sehingga hari ini. - Bernama

Kira-kira dua bulan dulu, saya bersama anak dan Malvina ke “Wadi Hussein” (kediaman Uncleseekers) di “Janda” (bahasa yang kami gunakan merujuk kepada Kampong Janda Baik, di Pahang) kerna Syed Hussein Al-Attas ...
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan terhadap pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussesin Al-Attas, yang mengendalikan laman blog uncleseekers.blogspot.com berhubung kenyataannya yang ...
Kes Sultan Johor dan Uncleseekers: Rakyat ingin melihat keadilan ditegakkan. Syed Abdullah Hussien Al-Attas atau 'Uncle Seekers'. Tokoh Islam terkenal di Malaysia, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mendakwa raja tidak kebal ...
Masa Uncleseekers dan adik (Siti Nadhirah) ditahan di Tol Senawang alasan penahanan itu kononnya Syed Abdullah Syed Husein (Uncleseekers) menfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui penulisan di ...
Peguam Kamal Hisham Jaafar (gambar kanan) - yang dikatakan mnghadapi konflik dengan Sultan Ibrahim Ismail berhubung pertikaian harta pusaka sehingga menyebabkan penahanan penulis blogUncleseekers ...
Sekitar jam 10 malam tadi, blogger Uncleseekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas telah ditahan olih pihak polis. Seekers kemudiannya dibawa ke balai polis Senawang, Negeri Sembilan. Tangkapan itu diyakini urutan .
Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan ...