Sunday, July 22, 2012

Uncleseekers Buat Temujanji Dengan Pegawai SPRM, yang datang PDRM!!!

Pada jam 9.45 malam, 4hb July 2012, di Plaza Tol Senawang, Seremban, Uncleseekers (Syed Abdullah bin Syed Hussein Al-Attas) telah ditahan olih pihak polis. Motif penahanan itu dikatakan pada awalnya disebabkan tulisan Uncleseekers di blog beliau (uncleseekers.blogspot.com) sebagai menghinakan Sultan Johor.

Kerajaan Rakyat tidak berminat untuk menelah apakah motif sebenar disebalik alasan penahanan tersebut. Kerajaan Rakyat paparkan di bawah "Senarai Geledah" Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya. Johor Bahru, Johor. Barangan yang dirampas menjadi tandatanya!!

Perhatikan apa yang tertulis diruang "Jenis / Diskripsi / Barang Rampasan".

1- Tiga (3) Salinan Bertajuk (Aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) (SPRM)
2- Enam (6) Salainan Surat Akuan Bersumpah

Bagi barang rampasan pertama, polis tandakan sebagai 'N1 - N3'.
Bagi barang rampasan kedua, polis tandakan sebagai 'N4 - N9'.

Nota: Nantikan ulasan Uncleseekers di SINI, bagaimana tidak kurang daripada 7 buah kereta polis "serang handap"nya di Plaza Tol Senawang. Perjanjian Uncleseekers untuk bertemu pegawai SPRM di Plaza Tol tersebut, tetapi yang hadir adalah anggota polis berpakaian preman!!! Hebat SPRM!!!



'Umum berpendapat perubahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menghasilkan keputusan diharapkan, sebaliknya lebih banyak kepincangan agensi itu ...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka sebanyak 20 kertas siasatan dan penyiasatan serta lima kertas pemeriksaan dan perundingan, hasil daripada Laporan Ketua Audit Negara 2008 yang ...
Setiap kali isu rasuah peringkat tertinggi dibincangkan rakyat kerap akan menyalahkan tindakan berat sebelah, ketidaktelusan dan siasatan terlalu lambat olih Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Malahan ...
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan .
Pentadbiran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dibincangkan dalam satu Suruhanjaya Terbuka bagi membetulkan fungsi dan peranan mereka. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ...
... ini mengeluarkan keputusan laporan siasatan kematian Beng Hock dengan merumuskan mendiang membunuh diri akibat tekanan psikologi yang dikenakan oleh tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

1 comment:

6803man sarawak said...

Muslimat anjing2 ni x abis