Monday, August 6, 2012

3 negeri guna tema merdeka PR. “Sebangsa Senegara Sejiwa”

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengesahkan tiga negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan akan menggunakan tema Hari Kemerdekaan sendiri iaitu “Sebangsa Senegara Sejiwa”.

Ia berbeza berbanding tema Kedah - 55 Tahun Merdeka Terus Berbakti untuk menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini.

Menurutnya, mesyuarat Jawatankuasa Tema Hari Kemerdekaan telah membuat keputusan tiga hari lalu bagi menggunakan tema yang mereka cadangkan bagi menyambut Hari Kemerdekaan.

“Kami akan meneruskan tema yang kami cadangkan untuk menyambut Hari Kemerdekaan nanti tetapi sedikit berbeza dengan negeri Kedah yang mahu menggunakan tema 55 Tahun Merdeka Terus Berbakti," katanya.

Exco Penerangan Kedah, Abd Ghani Ahmad sebelum ini berkata, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Exco baru-baru ini.

Menurutnya, Kedah kekal dengan tema 55 Tahun Merdeka Terus Berbakti bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri walaupun PR mengumumkan tema Sebangsa Senegara Sejiwa bagi negeri-negeri PR.

“Walaupun menggunakan tema yang berbeza, itu tidak menjadi satu masalah. Apa yang penting sambutan Hari Kemerdekaan kelak harus dipenuhi dengan semangat patriotik di kalangan masyarakat,” ujar Salahuddin.

Tambah beliau, berlaku sedikit perbezaan kerana Kedah sudah terlebih dahulu mengadakan mensyuarat berhubung penggunaaan tema dan logo Hari Kemerdekaan di peringkat negeri itu.

“Namun demikian, saya yakin yang tidak akan berlaku konflik di kalangan pemimpin PR. Walaupun menggunakan tema yang sedikit berbeza, semangat bagi menyambut hari bersejarah negara tetap sama dan perpaduan di kalangan rakyat harus dipertingkatkan,” kata beliau.

Bagaimanapun, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tetap teguh dan tidak akan berganjak dengan tema 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati bagi sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.

Pada 4 Ogos, Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, kementerian itu bertanggungjawab menterjemahkan kejayaan negara selama 55 tahun kebelakangan ini, lantas menjiwainya dengan isian setimpal.

Pada 1 Ogos lalu, PR mengumumkan tema Sebangsa Senegara Sejiwa, yang dipilih oleh Jawatankuasa Tema Hari Kemerdekaan PR daripada 250 cadangan yang diterima daripada orang ramai.


Recently there has been much talk pertaining to Pakatan Rakyat's shadow cabinet as the Barisan Nasional side has mocked Pakatan for being unable to name names and accordingly this means that Pakatan is far from ready ...
Kerjasama yang disepakati bersama Pakatan Rakyat merupakan titik permulaan kepada perubahan politik Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Slogan 'Ini kali-lah' menandakan angin perubahan telah sampai ke bumi ...
Kesan yang ketara dari dasar kini adalah kini adalah kesenjangan melebar di antara kelompok kecil yang maha kaya dan rakyat terbanyak. Pakatan akan mengutamakan pelaksanaan sistem pengangkutan awam yang ...