Thursday, August 2, 2012

Akhirnya Datuk Seri Najib Akui Berlaku Penyelewengan Dalam NFC

Apa agaknya "under table deals" antara Shahrizat dan Najib?
Kerajaan Rakyat ~ Tindakan Polis Diraja Malaysia yang lebih dikenali sebagai salah satu “Barua UMNO” menangkap dan mendakwa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Sdra. Rafizi Ramli di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) dengan sendirinya menjelaskan bahawa Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan UMNO BN mengakui kesahihan bukti pendedahan yang dibuat oleh Rafizi Ramli.

Sekiranya apa yang telah didedahkan olih Sdra. Rafizi Ramly itu tidak benar atau tidak sama dengan apa yang terdapat dalam document sulit Bank berkaitan, maka mana mungkin Rafizi dikaitan dengan Akta BAFIA!

Antara perkara sahih yang telah didedahkan olih Sdra Rafizi Ramli adalah seperti di bawah:


-      Keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mendapat bayaran bulanan yang lumayan dari harta-harta yang dibeli menggunakan dana NFC yang diselewengkan. (baca kenyataan penuh di sini dan di sini)

-      Semakan dengan sebuah bank tempatan mengesahkan bahwa memang berlaku penyelewengan dana bernilai jutaan Ringgit Malaysia yang telah dilakukan olih Shahrizat Jalil, suaminya; Dato’ Seri Salleh Ismail serta anak-anak mereka. (Kenyataan serta bukti bergambar disini)

-      Pada 9 Disember 2009, hampir dua tahun yang lepas, keluarga Shahrizat menggunakan wang NFC itu untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622,00. Shahrizat, suaminya serta anak-anak mereka juga menyalahgunakan dana awam sebanyak RM20,000.00 setiap bulan untuk menanggung kos penyelenggaraan kereta mewah yang digunakan olih keluarga mereka. (Pendedahan lanjut di sini dan di sini)   

Pembelian sebuah apartmen di Kazakhstan oleh National Feedlot Corporation (NFC) adalah bukti penyalahgunaan dan pembaziran dana awam, kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini. Ini, kerana menurut ...
Rafizi mengulas kenyataan ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah ...
Memandangkan UMNO dan Dato' Seri Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, KEADILAN akan terus ...
Kelmarin, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa keluarga Datuk Seri Shahrizat telah menggunakan dana awam syarikat National Feedlot Corporation (NFC) bernilai RM250 juta ($104 juta) bagi mendapatkan pinjaman ...
... ini sudah tentu dibincangkan dan mendapat restu Dato' Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno. Sebelum ini, apabila ditanya apa tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang mendedahkan penyelewengan NFC, ...
Raja Nong Chik (Projek IKBN, Bandar Penawar), Shahrizat Jalil (Projek NFC), semua beri pada keluarga. Mana ada pemimpin Umno yang hidup tidak senang? “”Lihat projek MRT, kos 17 kali ganda dari negeri China.
Cabaran itu dibuat Izzah selepas pimpinan Umno kekal mempertahan Shahrizat dalam skandal lembu NFC selain Shahrizat sendiri enggan meletakan jawatan. “Memandangkan pimpinan Umno kekal mempertahan Ketua ...