Friday, August 3, 2012

Amaran Nurul Izzah Anwar Kepada Raja Nong Chik, Jangan berbohong!!

IPD BRICKFIELDS: MENTERI WILAYAH WAJIB BERCAKAP BENAR

Penduduk Lembah Pantai terutamanya yang tinggal di Brickfields dan Bangsar pada mulanya menerima baik berita di The Star dan New Straits Times bertarikh 16 Julai 2012 yang memetik Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, sebagai berkata bahawa IPD Brickfields akan dibangunkan semula di tapak asalnya di Jalan Tun Sambanthan (Lot 18).

Namun, ramai terkejut apabila melihat dengan mata sendiri papan tanda yang didirikan di tapak IPD Brickfields, yang mengatakan adanya cadangan menukar zon kegunaan tanah daripada institusi kepada perdagangan untuk membangunkan tanah tersebut bukan sebagai tapak IPD Brickfields yang baru, tetapi sebagai pembangunan bercampur. Hal ini turut dilaporkan The Star pada 31 Julai 2012, yang juga merupakan tarikh akhir bantahan.

Oleh itu saya mendesak Menteri Wilayah untuk bercakap benar tentang hal IPD Brickfields ini: 
1) Apakah sebenarnya status pembangunan semula IPD Brickfields?

2) Mengapa kenyataan beliau pada 16 Julai bercanggah dengan apa yang kelihatan pada papan tanda yang didirikan di Lot 18?

Seperti yang telah saya dedah pada 26 April lalu, Lot 18 telah diberi kepada syarikat Primamuda Holdings Sdn Bhd di dalam satu pertukaran tanah (landswap) sebagai balasan membangunkan Lot 55 (Balai Polis Jalan Travers). Sekali lagi diingatkan bahawa salah seorang pengarah syarikat tersebut adalah Mariany Mohamad Yit, iaitu Ketua Wanita UMNO Bukit Bintang, Senator Dewan Negara, dan mantan Ahli Lembaga Penasihat DBKL.

Juga, persoalan yang saya timbulkan dahulu masih belum terjawab: Apakah kedudukan Mariany Mohamad Yit di dalam DBKL, Primamuda Holdings, dan sebagai Ketua Wanita UMNO Bukit Bintang telah mempengaruhi pemberian projek pembangunan Lot 55 dan landswap Lot 18?

Dan jika didapati Lot 18 benar-benar telah diberi kepada Primamuda Holdings, maka Menteri Wilayah seharusnya meminta maaf kepada warga Lembah Pantai dan penduduk Brickfields khususnya kerana mengecewakan penduduk yang mengharapkan IPD Brickfields dikembalikan ke lokasi asal di Jalan Tun Sambanthan.

Akhir sekali, sekiranya jawapan kepada persoalan-persoalan di atas tidak diterima selewatnya hari Khamis 9hb Ogos 2012, sebagai langkah terakhir, saya selaku wakil rakyat Lembah Pantai yang dipilih akan menggesa penduduk Brickfields dan Bangsar untuk mengadakan satu tunjuk perasaan aman pada jam 10 pagi hari Jumaat, 10hb Ogos 2012 di Lot 18 Jalan Tun Sambanthan untuk menyatakan rasa tidak puas hati penduduk berkenaan isu ini.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
 
---

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Raja Nong Chik (Projek IKBN, Bandar Penawar), Shahrizat Jalil (Projek NFC), semua beri pada keluarga. Mana ada pemimpin Umno yang hidup tidak senang? “”Lihat projek MRT, kos 17 kali ganda dari negeri China.
"Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beliau membuat keputusan itu setelah pengusaha-pengusaha kelab itu merayu dan berjanji untuk mengawal ...
Isnin lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar melalui menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah menarik balik Rang Undang-Undang Pembangunan Pembangunan Kampong ...
Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia, Datuk Raja Nong Chik, untuk bersama-sama kami menubuhkan suruhanjaya bagi mengkaji langkah-langkah mengembalikan pilihanraya Kerajaan Tempatan di ...