Monday, August 20, 2012

Berlaku Hanya Di Negeri Tadbiran Pakatan Rakyat


GEORGE TOWN: Kualiti hidup rakyat Pulau Pinang yang mendiami rumah pangsa kos rendah (harga di bawah RM42,00) dan sederhana rendah (di bawah RM72,500) akan mengalami perubahan besar apabila Kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukan RM50 juta untuk untuk memperbaiki, menaiktaraf dan memulihkan rumah mereka dalam program HAPPY!

Dalam kenyataan perutusan Hari Raya Aidilfitri, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, HAPPY! merupakan sebuah program sistematik buat pertama kalinya dilaksanakan mana-mana kerajaan negeri di Malaysia.

“HAPPY! adalah Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang sebagai “dividen anti-rasuah” yang mana ia berdasarkan keyakinan bahawa kerajaan negeri akan memperolehi lebihan wang sekurang-kurangnya RM50 juta pada 2011 hasil usaha anti-rasuah dan menjalankan pentadbiran bersih berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).”

Ujarnya, kerajaan negeri mencatatkan lebihan sebanyak RM88 juta untuk 2008, RM77 juta untuk 2009 dan RM33 juta untuk 2010.

“HAPPY! juga memperlihatkan komitmen kerajaan negeri untuk membawa perubahan besar kepada lebih 600 skim perumahan kos rendah dan sederhana rendah membabitkan puluhan ribu unit di Pulau Pinang.” tambah Guan Eng.

Dalam perkara berkaitan, Ahli Parlimen Bagan tersebut menjelaskan bahawa kerajaan persekutuan telah menubuhkan tabung penyelenggaraan RM500 juta untuk semua skim perumahan kos rendah dan sederhana rendah.

Katanya, skim kerajaan persekutuan tersebut menawarkan pembiayaan kos sebanyak 90 peratus oleh kerajaan persekutun dan 10 peratus pula oleh penduduk untuk semua projek pembaikan atau penaiktarafan untuk rumah pangsa kos rendah.

Manakala untuk rumah pangsa kos sederhana rendah ujar Guan Eng, 70 peratus kos dibiaya oleh kerajaan pusat dan 30 peratus oleh penduduk.

Tetapi tambah Guan Eng, usaha tersebut gagal kerana kebanyakan penduduk rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah tidak mampu menanggung kos 10% dan 30% masing-masing.

“Demi menjayakan program penyelenggaraan ini, kerajaan negeri akan menanggung kos 10% dan 30% ini bagi pihak penduduk rumah kos rendah dan sederhana rendah dengan RM50 juta ditanggung oleh kerajaan negeri untuk memperbaiki, menaiktaraf dan memulihkan rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah.

“Untuk itu semua persatuan penduduk diminta buat permohonan dengan kerajaan persekutuan dengan segera.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berharap agar pengumuman HAPPY! ini sedikit sebanyak menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta mampu merancakkan pembangunan ekonomi setempat pada masa yang sama mendesak agar tender terbuka hanya diadakan bagi kontraktor tempatan.

“Di hari yang mulia ini, saya ingin mengucapkan semoga Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut dengan meriah dan juga ingatan agar kita dapat membezakan mana yang benar dan mana yang palsu serta jauhilah fitnah. Maaf zahir dan batin.”  Lim Guan Eng dalam ucapan aidilfitrinya. - roketkini.

Kerana menipu kononnya Lim Guan Eng mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, telah melakukan fitnah.
Kenapa dia tidak datang berjumpa Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, sebuah parti yang dituduh oleh UMNO sebagai parti komunis, cauvinis Cina? Ini kelakar. Ini bahkan tidak masuk akal. Apa sebenarnya masalah ...
Ketua Menteri, Lim Guan Eng dicabar mendedahkan secara terperinci nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera dan bukan bumiputera bagi membuktikan kepimpinannya benar-benar telus dalam ...
Kenyataan Lim itu dibuat sebagai cubaan untuk mengalihkan pelaburan Australia dari Johor ke Pulau Pinang.” Justeru, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang telah menuntut supaya Bernama menarik balik ...
Kerajaan Rakyat : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menyifatkan laporan muka depan Utusan mendakwa DAP mahu menjadikan Kristian agama rasmi sebagai permainan politik yang jahat danmerbahaya.
We count on your support to make this (http://on.fb.me/wMKHMQ ) Page, Blog (http://bit.ly/8TpQpX ) this (http://on.fb.me/RsrVao ) Group as a Special Media Project for M'sia 13th General Election.

Kami hargai komen dan kerjasama kalian untuk menjadikan Page ini> (http://on.fb.me/wMKHMQ ) Blog ini> (http://bit.ly/8TpQpX ) dan Group ini>  (http://on.fb.me/RsrVao ) sebagai Projek Media Khas menjelang Pilihanraya umum ke13 nanti.