Friday, August 3, 2012

Enam juta Muslim tunai umrah tahun ini

DIBANJIRI MANUSIA: Ramai jemaah tidak melepaskan peluang mengerjakan umrah sepanjang bulan Ramadan ini.
- Foto REUTERS

JEDDAH: Sekitar enam juta umat Islam, dengan 4.8 juta daripada mereka jemaah warga asing, telah menunaikan ibadah umrah tahun ini, menurut Menteri Haji Arab Saudi, Encik Bandar Hajar.
Beliau membuat kenyataan itu selepas memeriksa perkhidmatan yang disediakan kepada jemaah oleh pelbagai agensi kerajaan di Makkah, Selasa lalu.
Sejak awal tahun ini, lebih 2.57 juta jemaah asing tiba di Lapangan Terbang Raja Abdulaziz (KAIA), kata satu laporan statistik.

"Sekurang-kurangnya, 2,573,627 jemaah tiba dalam 16,419 penerbangan sejak bermula Rabiulawal 1433 hijrah," kata laporan itu.
Laporan itu menarik perhatian, seramai 2,572,175 jemaah telah pun meninggalkan negara itu.
Pada Isnin lalu saja 22,059 jemaah tiba di lapangan terbang dengan menaiki 125 penerbangan.
Pada hari sama, 16,276 jemaah meninggalkan negara itu pulang ke negara masing-masing.
Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam, Encik Khaled Al-Khaibary, berkata KAIA telah membuat perancangan yang sewajarnya bagi menerima dan menghantar pulang bilangan jemaah yang semakin meningkat. - Agensi.


 Seminar Penghayatan Islam
Begitu pula menurut Sheikh Yusuf, keasyikan mengulangi ibadah haji dan umrah tetapi bakhil untuk mendukung kegiatan daawah, pendidikan atau penterjemahan karya besar. Turut saya tegaskan berkenaan keperluan ...
Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia daripada yang lainnya kecuali ...
Namun, Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w ...
Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan. “Haji hanya ...Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November. Laporan itu ...