Wednesday, August 8, 2012

Google Plus ‘Borak bersama Anwar’

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik Malaysia yang pertama menjadi tuan rumah kepada Google Hangout selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melalui program ‘Borak Bersama Anwar’.
Program yang berkonsepkan chat secara langsung di YouTube itu ditetapkan pada 17 Ogos, jam 10.30 malam.

Menurut Penyelaras Program Pejabat Ketua Umum itu, Najwan Halimi, program tersebut merupakan sesi untuk Anwar berborak secara santai melalui media sosial, dalam usaha mendekati rakyat terutama anak muda.
“Tercetusnyanya idea ini juga kerana kepayahan Anwar untuk mendapat akses kepada media arus perdana, jadi kita ambil jalan alternatif agar beliau dapat berinteraksi bersama golongan muda,” jelasnya.
“Google Hangout ini merupakan program yang membolehkan Anwar bersama 9 lagi panel beinteraksi melalui Youtube dan disaksikan penonton seluruh dunia,” kata Najwan ketika dihubungi.
Orang ramai digalakkan untuk menghantar soalan video mereka melalui YouTube dan berkongsi pautan pada facebook atau laman acara Google Plus.
Soalan dan nota yang dihantar akan diteliti untuk menentukan topik pada malam itu. Individu yang mengutarakan soalan menarik juga akan dijemput menjadi panel dan bersiaran secara langsung bersama Anwar pada malam itu.
Mereka yang berminat boleh menghantar soalan melalui laman acara Google Plus ‘Borak bersama Anwar’; laman Youtube ‘anwarhangout’ atau facebook ‘Borak Bersama Anwar’.

Saya bertanya kepada See Hua, calon PhD di Institut Teknologi Beijing, bagaimana kehidupan orang ramai – khasnya generasi muda – di China tanpa Facebook, Twitter, YouTube dan blogspot. “Walaupun semua itu tiada di ...
will give us a feel of the participation of the Pahang folks: http://www.youtube.com/watch?v=RhTxW73sG8M. Please also visit the main Facebook page with 28000 members for the latest information and discussion: Pahang ...
If the 50000 peaceful demonstrators were not enough to wake him up from the denial syndrome, then he should take a second glance at a more damaging sign on the internet – the Facebook. Maybe Najib didn't receive report ... Netizens have started making fun of the Malaysian Prime Minister, such as this creative YouTube (Hakka version) that has attracted more than 60000 (and counting) views since it was uploaded on 12-Jul-2011. 
Satu klip video telah dimuat naik dalam youtube, menyaksikan sekumpulan lelaki dengan bendera UMNO mengugut untuk menampar dan meludah pada muka Adam. Sementara itu, satu laman facebook ditubuhkan ...