Tuesday, August 14, 2012

Hasan Akidah Tubuhkan "Yasasan Murni Akidah"

Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hassan Ali mengumumkan usaha menubuhkan sebuah yayasan antimurtad bagi memasuki "gelanggang utama" dakwah yang lebih luas.

Badan dinamakan Yasasan Murni Akidah itu, yang sedang dalam proses pendaftaran, dikembangkan daripada Unit Selamatkan Akidah yang ditubuhkannya semasa menjadi exco agama Selangor, kata Hasan.

"Kita (melalui yayasan ini) akan kemukakan proposal pada pihak berwajib untuk melaksanakan cadangan yang melibatkan dasar dan implementasinya (berkaitanakidah)," katanya lagi.

Yayasan itu, kata Hasan, akan bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dan NGO bagi membendung ancaman Kristianisani yang didakwanya kritikal dan getir.

Katanya lagi, yayasan tersebut kini mula menerima "bantuan" dan sokongan daripada golongan profesional.

Hasan juga berkata, JATI akan turut merekrut pendakwah yang mempunyai daya tahan dan daya saing seperti golongan paderi yang turun ke pedalaman dengan susah payah.

Langkah itu bagi menyaingi dakyah yang didakwanya disebarkan kumpulan Kristian.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad hari ini mendesak bekas exco negeri Datuk Hasan Ali (gambar atas) menjelaskan sama ada benar dakwaan NGO barunya Jalur Tiga (JATI) ditaja dua syarikat besar.
Bukan Hasan Ali yang silap tetapi PAS yang salah pilih, sepertimana PKR tersalah pilih, bilamana parti Keadilan Rakyat itu memilih seorang gigolo (klik di sini) untuk menjadi wakil rakyat..!!! Hasan Ali memang tidak silap kerna saya telah sedia maklum dia adalah manusia yang gila glamour dan mendewakan ... 
Kerjaan Rakyat - Satu program 'Brainstorming' telah diadakan olih Hasan Ali bersama penyokongnya, bertujuan mencari formula terbaik untuk masa depan politiknya. .