Monday, August 13, 2012

Hasil Perjuangan Pakatan Rakyat: Hutang 17,441 siswazah dilupus

Nota: Pelupusan pinjaman PTPTN ini adalah sebahagian daripada usaha dan perjuangan Pakatan Rakyat dalam memastikan Umno / BN tidak sewenang-wenangnya menipu rakyat terutama para pelajar.
KUALA LUMPUR – Seramai 17,441 siswazah dikecualikan daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) melibatkan peruntukan berjumlah RM486.9 juta berikutan kejayaan mereka memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama.
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamad Said berkata, sehingga 30 Jun lalu, seramai 13,011 peminjam dikecualikan membayar balik pinjaman melibatkan peruntukan sebanyak RM370.7 juta apabila pinjaman mereka ditukarkan kepada biasiswa.

Menurutnya, jumlah itu meningkat kepada 17,441 graduan selepas mengambil kira 4,430 lagi peminjam yang lulus dengan ijazah sarjana kelas pertama pada tahun 2005, 2006 dan 2007 membabitkan nilai pinjaman RM116.2 juta.
“Peminjam yang lulus dengan kelas pertama pada tahun 2005, 2006 dan 2007 itu dulu tidak mendapat pengecualian tersebut, namun kerajaan baru-baru ini telah bersetuju melupuskan pinjaman mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.

kekejaman dan kezaliman Sultan Johor