Monday, August 6, 2012

Hendak je aku maki, haram jadah, si Najib ni.

 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat kewangan sulit yang berkaitan dengan rasuah perlu mendedahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
Hendak je aku maki, haram jadah, si Najib ni. Sudah beribu kes rasuah dan penyelewengan pemimpin UMNO BN yang dilaporkan kepada SPRM, hampir semuanya disapu bawah karpet!!. Pukitiang punya Najib!.
Beliau berkata, maklumat sulit seumpama itu tidak sepatutnya didedahkan kepada umum. (Amboi-amboi, kes seleweng duit rakyat, dia tak kasi beritau kepada umum! Memang haramjadah la engkau ni Najib!.

"Jika ia didedahkan kepada umum, bermakna telah melanggar Bafia (Akta Bank dan InstitusiInstitusi Kewangan 1989). ~ Oho... kalau dedah... jadi kesalahan?... habis tu kau orang belasah macam harta tok nenek kau orang... tak salah pulak?... Confirmed Najib ni sewel !!!.
"Tujuan Bafia adalah untuk melindungi integriti dan kredibiliti sistem kewangan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di sini kelmarin.
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Mohd Rafizi Ramli, pada Rabu lalu didakwa melanggar Bafia kerana mendedahkan dokumen mengenai butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC) kepada umum.
Encik Mohd Rafizi tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Datuk Seri Najib berkata, jika seseorang itu mempunyai akaun dalam sistem kewangan maka perlu diyakinkan bahawa pemiliknya seharusnya dilindungi.
"Jika tidak, orang tidak akan menyimpan wang dalam sistem (kewangan). Pihak antarabangsa juga tidak melaburkan wangnya di Malaysia.
"Ini bercanggah dengan kepentingan awam. Ini kerana kepentingan awam adalah memastikan sistem kewangan tidak boleh dikompromi," katanya yang ditukil mStar Online.
Beliau, bagaimanapun, menjelaskan, ini tidak bermakna kerajaan membiarkan aktiviti rasuah dan penggubahan wang haram kerana maklumat mengenainya boleh disalurkan kepada pihak berkuasa yang sepatutnya.

Hari ini, Encik Johari Mohamad akan disiasat dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun. Tindakan yang bersifat dendam kesumat ini sudah tentu dibincangkan dan ...
Tindakan itu didakwa melanggar peruntukan undang-undang bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia). Menurut kenyataan itu lagi, peguam Mohamad Salleh juga akan mengambil tindakan undang-undang ke atas ...