Saturday, August 25, 2012

Hukum HUDUD: Kritikan Dr Mahathir berasas. PAS yang beri gambaran salah dan tidak lengkap


Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah memberi gambaran salah mengenai hukum hudud, atau pelaksanaan undang-undang Islam, sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan mengelirukan orang bukan Islam di Malaysia.
Beliau dipetik laporan versi dalam talian sebuah akhbar setempat semalam sebagai berkata bahawa Enakmen Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud), yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, menimbulkan salah faham terhadap isu tersebut sehingga sekarang.

Menurutnya, sebagai contoh dalam kes rogol, enakmen itu tidak jelas dan pengerusi DAP, Encik Karpal Singh, mungkin terkeliru dengan memikirkan hanya memerlukan empat saksi bagi menghukum pesalah jenayah itu, lapor Sinar Harian.
"Saya sudah jelaskan sejak dulu lagi bahawa pesalah rogol masih boleh dihukum jika tidak mempunyai empat saksi, maka qarinah diguna pakai, iaitu bukti kukuh lain.
"Jadi, PAS sebagai rakan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) gagal menerangkan kepada mereka mengenai undang-undang Islam sebenar," jelas beliau kepada akhbar itu kelmarin.
Dr Mohd Asri berkata demikian ketika mengulas pendirian Encik Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dilaksanakan di Malaysia, sambil menyifatkannya sebagai mustahil dipraktikkan di Malaysia dan belum pasti dapat membendung jenayah.
Bekas mufti itu berkata PAS perlu bertindak lebih agresif dengan menerangkan hukum hudud kepada rakan dalam PR, selain daripada menyemak tafsiran hudud yang dicanangkannya agar ia lebih benar dan tepat.
Dr Mohd Asri turut menggariskan tiga golongan yang mengkritik hudud.
Golongan pertama mengkritik hudud kerana membenci hukuman itu semata-mata kerana ia terkandung dalam Islam, manakala golongan kedua mengkritiknya kerana pentafsiran hudud itu sendiri kurang jelas.
Golongan ketiga pula adalah mereka yang mahukan hudud, tetapi tidak melaksanakannya kerana keadaan dan suasana yang difikirkan belum sesuai dalam sesebuah negara Islam, jelasnya.
Mengulas kritikan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai hudud yang mahu dilaksanakan PAS di Kelantan itu pula, Dr Mohd Asri menegaskan kritikan Dr Mahathir itu tepat kerana menyifatkan enakmen tersebut sebagai tidak lengkap.
"Hukum itu yang dilaksanakan pada sesetengah negara telah disalah guna menyebabkan salah faham dan gambaran negatif kepada orang ramai," jelasnya lagi.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menjelaskan tanggapan silap masyarakat terhadap awal Muharram.
Kenyataan Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam Utusan Malaysia Selasa 2 November 2010 yang menggesa supaya Anwar Ibrahim menggundurkan diri dari dunia politik nyata adalah gesaan yang tidak wajar dan tidak dapat di terima.
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin 
Golongan yang menolak penafsiran oleh para sarjana atau mana-mana individu mengenai undang-undang Islam itu, tidak akan jatuh hukum sehingga murtad, katanya. ''Sebagai seorang muslim, kita tak boleh persoalkan hukum tuhan
(Dr. Mahathir b.Mohamed, 1994) v) "Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum (hudud) yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" 
UMNO bukan lagi berjuang untuk rakyat. Mereka juga tidak layak dipanggil wakil. PAS memperjuangkan hudud manakala UMNO menolak hudud dengan pelbagai alasan.